Lilypie Second Birthday tickers

Friday, November 20, 2009

MABRUK SKKD !!!!

0 comments

Warga SK KG DEW layak diberi pujian & penghargaan kerana telah berjaya meningkatkan prestasi & peratusan Peperiksaan UPSR 2009.Sebelum ini SKKD berada di kalangan SBR (Sekolah Berprestasi Rendah) tetapi berkat usaha , doa serta tawakkal kepada Allah s.w.t daripada semua warga SKKD telah menampakkan hasil...SKKD telah terkeluar dari tersenarai sebagai SBR.
Teruskan Usaha...Beramal kerana Allah

SKKD بأيدينا نبني

(Bersama-sama kita majukan SKKD)

CUTI SEKOLAH BERMULA...

0 comments


Hari ini adalah hari terakhir sesi persekolah bagi tahun 2009.Selesailah sudah fasa persekolahan tahun 2009.Diwarnai dengan berbagai peristiwa pahit & manis.Semua itu sebenarnya mendewasakan kita dalam menempuh baki kehidupan yang mendatang..Sebarang kelemahan perlu diperbaiki.Setiap tahun yang akan dilalui perlu ada peningkatan,Ana akan terus berusaha disamping berdoa,orang yang berusaha pasti Allah akan membantunya..
Allah berfirman di dalam Al-Quran
وان ليس للإنسان إلا ما سعى
39. dan Bahawa Sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa Yang diusahakannya;

an-najm 39

seperti satu kata hukama' arab ada berbunyi :-
من يزرع الشوكة لا يحصد العنب
Barangsiapa yang menanam duri pasti tidak akan menuai anggur...

Saturday, November 14, 2009

Alfateh

0 comments
Alhamdulillah syukur atas Rahmat yang Allah telah berikan..Mudah-mudahan kita sentiasa menjadi a'bdan syakuuro..(hamba yang bersyukur).Alfateh cahaya mata pertama ana berada dalam keadaan sihat.Sekarang ni dah boleh merangkak, duduk dan berdiri sikit-sikit.Hari berganti hari sedar tak sedar anak ana dah genap 8 bulan 19hb 11 ni.. Hmm.. cepatnya masa berlalu..Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan oleh Allah.Bila dimuhasabah balik, betapa banyaknya nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya.Ana sendiri sedikit-sebanyak merasakannya.Dikurniakan-Nya seorang zaujah (isteri) sebagai pasangan hidup dan kini walad (anak lelaki) yang diberi nama Muhammad Alfateh ibn Nasrul Hadi ibn Jamil.

Thursday, November 12, 2009

Wahhabi dari neraca Islam

0 comments

HAKIKAT SEBENAR FAHAMAN AL-WAHHABIYAH (AL-TABDI’)
OLEH HJ ZAMIHAN HJ MAT ZIN
PEN.PENGARAH DAKWAH JAKIM PUTRAJAYA


1.0 PENDAHULUAN

Sejak akhir-akhir ini lahir pelbagai aliran pemikiran dalam memahami Islam sebagai satu cara hidup .Lantaran itu, kita begitu ghairah mencari identiti hidup yang beteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah . Adakalanya selari dengan Islam dan adakalanya aliran pemikiran tersebut ‘lari dan bercanggah’ dari penghayatan Islam yang sebenar . Sehinggakan ada dikalangan saudara kita mendakwa bahawa pegangan , fahaman dan sikap mereka sahaja yang benar. Manakala pegangan, fahaman dan sikap orang lain dianggap menyeleweng. Bahkan dituduh sebagai sesat, mengamalkan khurafat, melakukan syirik dan golongan ini telah mengkafirkan umat islam salaf dan khalaf hatta ulamak-ulamak ahlussunnah wal jamaah dan sebagainya.

Hasilnya, berlakulah aktiviti tuduh menuduh, fitnah-memfitnah dan

Wednesday, November 11, 2009

Fatwa Merokok

0 comments


Oleh DR. IRFAN MOHAMAD

SATU lagi langkah kerajaan untuk membasmi tabiat merokok dalam kalangan masyarakat ialah dengan menguatkuasakan undang-undang berhubung lokasi larangan merokok. Berkuat kuasa akhir Oktober, semua kaki lima kompleks beli-belah termasuk restoran dan kafe terbuka diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Mereka yang didapati merokok di kawasan berkenaan boleh dikompaun maksimum RM5,000 atau denda RM10,000 atau penjara dua tahun jika sabit kesalahan.
Langkah kerajaan ini mengundang pelbagai reaksi bercampur antara warga masyarakat yang menginginkan suasana bebas asap rokok dengan perokok itu sendiri yang merasakan kawasan untuk mereka semakin terancam.
Baca seterusnya >

Tuesday, November 10, 2009

Pelajar Cemerlang j-QAF 2009 !! ألف مبروك

0 comments

Mohd Nazreen bin Hj Sahrudin pelajar tahun 3 pintar telah terpilih sebagai pelajar cemerlang j-QAF tahun 2009.Ini kerana kecemerlangan beliau didalam semua modul jqaf,dimana beliau telahpun khatam Al-Quran dan mendapat keputusan yang cemerlang didalam bahasa arab.Saya selaku guru yang mendidik berharap agar beliau meneruskan usahanya agar suatu hari nanti mudah-mudahan beliau menjadi seorang 'pembela agama Allah s.w.t'..Teruskan berusaha
"من جد وجد ,من اجتهد فقد نجح"

Monday, November 9, 2009

0 comments



HAJI MABRUR DAN PENCAPAIANNYA MENURUT KACAMATA ISLAM

PENDAHULUAN

Haji adalah merupakan ibadat fardhu yang diwajibkan, tetapi kewajipan haji agak berlainan dengan ibadat-ibadat yang lain dari segi konsep dan kefardhuannya, di mana ibadat haji hanya diwajibkan ke atas umat Islam yang berkemampuan mengunjungi Baitullahil Haram di Makkah. Ada pun orang-orang yang tidak berkemampuan dari segi perbelanjaan, kesihatan tubuh badan dan keselamatan perjalanan, maka tidak diwajibkan atau dengan ertikata lain tidak dikira salah kerana tidak melakukannya. Firman Allah dalam surah Aali Imran ayat 97 yang bermaksud :-

" Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu siapa yang mampu sampai kepadanya "
Baca Seterusnya >

Friday, November 6, 2009

PERKHEMAHAN PENGAKAP & PUTERI ISLAM SKKD '09

0 comments



walaupun khemah didirikan di gelanggang bola tampar sekolah tetapi tetap meriah

Perkhemahan selama 1 hari 1 malam telah pun dijalankan.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti dirancang.Pelajar-pelajar begitu gembira.Banyak program telah dilakukan,sedikit sebanyak memberikan satu pengalaman baru dan pendedahan kepada para pelajar...Cuaca pada sebelah petang agak mendung dan hujan tetapi berubah baik pada sebelah malam.Setelah 2 tahun berturut2 terpaksa berkhe didalam hujan Alhamdulillah tahun ini Allah mengizinkan para pelajar ber'mukhayyam' dalam cuaca yang baik

Wednesday, November 4, 2009

j-QAF akan ke sekolah menengah.

0 comments

Plan To Recruit J-QAF Teachers For Secondary Schools
KUALA LUMPUR, Oct 17 (Bernama) -- Malaysian undergraduates in Egypt and Jordan will be encouraged to become Jawi, al-Quran, Arabic and obligatory practice (J-QAF) teachers upon graduation.

Minister in the Prime Minister's Department Maj-Gen (R) Datuk Jamil Khir Baharom said this was part of efforts to introduce J-QAF in secondary schools following its success in primary schools since it was launched in 2005.

"The government had to defer a plan to introduce J-QAF subjects in secondary schools due to lack of qualified teachers.

"So we are going to hold roadshows in Egypt and Jordan to woo Malaysian undergraduates there to serve as J-QAF teachers upon their graduation," he told reporters after opening the Assimilation of Islamic Values in the Health Practice here Saturday.

He said the J-QAF programme would be implemented with the cooperation of the Higher Education Ministry and the Education Ministry.

On the seminar, he said Muslims must deepen their knowledge on medical science to relive the golden era of the Islamic civilisation.

He said the contribution of Muslim scientists now was a pale shadow to that of Islamic scholars like Ibnu Sina.

The seminar organised by the Islamic Hospital Consortium of Malaysia would be a step in the right direction towards reliving the glorious era of the Muslim medical science scholars, he added.

-- BERNAMA