Lilypie Second Birthday tickers

Monday, May 31, 2010

Ekoran serangan Komando Israel ke atas Flotilla cetus kemarahan Dunia..

0 comments





Kebiadapan Israel..Berbangga dengan serangan..Ditayangkan di TV
Lihat klip video rakaman aktivis yang sempat dirakam..




"Flotilla Freedom" dedahkan kegagalan komuniti antarabangsa

0 comments

Selasa, 01/06/2010 – Flotilla Kebebasan yang terdiri daripada 9 buah kapal yang belayar ke Semenanjung Gaza, mendedahkan respon PBB dan komuniti antarabangsa yang berat sebelah terhadap kepungan yang telah berlangsung selama 3 tahun kerajaan rejim Zionis ke atas Gaza. Kepungan yang merangkumi kawasan darat, laut dan udara itu telah menghalang impot dan ekspot barang-barang keperluan dan manusia, masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza sejak 35 bulan lalu.

Ini mengakibatkan sebanyak 1.4 juta penduduk Palestin terpaksa hidup bersesak-sesak di dalam kawasan yang kecil. Lebih daripada separuh populasi penduduk Gaza terdiri daripada kanak-kanak dan hampir 80% daripada mereka terpaksa hidup dalam kedaifan. 90% sumber air semulajadi mereka pula tidak boleh diminum. Manakala sekolah dan khidmat kesihatan semakin buruk sejak Zionis menyerang Gaza pada 2008-2009.

PBB dan agensi bantuan antarabangsa telah menghantar sedikit sahaja bekalan makanan dan keperluan asas manusia ke Gaza, yang hanya mampu mencegah kebuluran dan penyebaran wabak. Dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza, rejim Zionis telah menghalang PBB dan organisasi-organisasi kemanusiaan daripada menghantar bahan-bahan keperluan dengan kuantiti dan jenis yang sangat-sangat diperlukan oleh penduduk Gaza untuk pembangunan semula. Oleh itu, sedikit bantuan yang diterima itu tidak pernah cukup untuk menghalang keadaan hidup dan khidmat yang kritikal seperti air, kebersihan, pendidikan dan kesihatan daripada menjadi semakin buruk hari demi hari.

Prinsip utama bagi bantuan kemanusiaan adalah bantuan mestilah dihantar dengan keadaan asas dan tidak terpisah/ rosak, tidak boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dan tidak boleh digunakan untuk kepentingan politik. Kesemua prinsip utama ini tidak wujud dalam operasi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Semenanjung Gaza.

sumber : The Palestine Telegraph

Wednesday, May 19, 2010

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil: “Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah”

0 comments



(Bint Jbeil - Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)

Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut.

Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna tanah di kawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada yang syahid dalam peperangan yang terbaru itu.

Para penduduk bandar tersebut merasa sangat kagum apabila mendapati jumlah dedaunan yang tumbuh daripada dahan-dahan tersebut jumlahnya adalah 43 helai.

Minggu ini, Bint Jbeil mengenang semula jasa-jasa para syuhada tersebut yang mengorbankan jiwa mereka setahun yang lalu dalam peperangan dengan Israel . Waktu di mana kejadian ini berlaku adalah dianggap sebagai keajaiban daripada Allah sebagai sanjungan kepada para syuhada tersebut.

"Pada malam Sabtu yang lalu, kami menganjurkan sebuah majlis sambutan untuk meraikan kemenangan dalam perang setahun yang lalu," kata seorang penduduk."Kami tempat duduknya di dalam dewan itu, beliau menanyakan tentang pohon itu dan melihatnya dengan penuh hormat setelah Haji Selim Bazzi (seorang yang terhormat di bandar itu) menerangkan kepadanya mengenai idea monumen berkenaan dan bagaimana ia dibuat. Tiada sebarang daun pun yang kelihatan pada waktu itu. Segalanya adalah seperti biasa".

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada dan Australia , sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau Teluk, telah mula memenuhi bandar ini untuk melihat sendiri monumen itu.

“Bint Jbeil telah digelar sebagai Ibukota Perjuangan dan Pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolusi,” komen daripada penduduk yang lain, “Kini ia mempunyai nama yang baru : Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhadanya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yang mahu mengambil pengajaran daripadanya.Allahu Akbar! Selawat!!!


Isnin, 6 Ogos 2007

Keajaiban Pokok Ini Adalah Satu Anugerah Allah Untuk Seluruh Manusia Sebagai Petunjuk Kepada Ketinggian Darjat Dan Maqam Para Syuhada Di Bint Jbeil Yang Sanggup Menyabung Nyawa Mereka Untuk Menghadapi Kezaliman Israel di Lebanon...Allahu Akbar!!!
































Pemilik pohon ajaib, Haji Soliman Daoud (Abu Mohammad) sedang ditemuramah oleh wartawan TV al-Manar milik Hizbullah


















Seorang Ulama yang turut datang melihat keajaiban pohon tersebut sedang diberi penjelasan tentang kejadian yang mengujakan itu...



















Salah seorang pengunjung sedang mengungkapkan luahan rasa hatinya terhadap keajaiban pohon yang disaksikannya dengan mata kepalanya sendiri...


Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru...

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Guru sememangnya seorang yang begitu membawa kesan bagi setiap orang... kerana sesiapa jua pasti bertemu dan mempunyai guru hatta bagi orang yang tidak pernah bersekolah sekalipun.
Sesiapa jua yang mengjar kita sesuatu yang sebelum itu kita tidak ketahui, Itulah guru kita.Nabi Muhammad S.A.W ialah guru @ "Mua'llim" seluruh umat manusia.
Syukran Jazilan kepada Anak-anak Didik yang susah payah
berikan hadiah pada Ustaz

Guru sebagaimana ibu bapa wajib dihormati , semasa kecil ana memang suka menonton cerita-cerita kungfu, sudah tentu tertarik dengan kelincahan dan ketangkasan mereka semasa berlawan, tetapi satu yang bagusnya dalam cerita kungfu ini diserapkan satu perkara yang boleh kita teladani iaitu sentiasa menghormati guru @ "sifu".

Jika kita soroti kisah-kisah individu yang hebat keperibadiannya, Hubungan dengan guru memang menjadi teras keberkahan dalam mengecapi kejayaan antaranya:-

Imam As-Syafi’e Rahimahullah.
Seorang manusia yang agung di dalam sejarah manusia, seorang genius di zamannya. Tetapi lihatlah kerendahan hatinya bila bersama gurunya.

' Beramal kerana Allah...'

Imam Asy-Syafi’e pula ada berkata: “Aku membelek kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan kerana menghormatinya supaya dia tidak mendengar(bunyi selakan itu, lantas menganggu pengajaran)”

Dia, Imam Asy-Syafi’e yang mengasaskan mazhabnya sendiri, juga menghormati guru.

Malah, sehingga menjaga selakan kertasnya dari berbunyi.

Bagaimanakah kita..?

Sultan Muhammad Al-Fateh.

Seorang manusia yang hebat dalam sejarah insan, seorang genius perang yang berjiwa gigih. Pada umur 23 tahun, dia telah berjaya menawan Konstantinopel yang kukuh.

Pada peperangan yang sengit itu, dia telah membawa gurunya bersama-sama untuk membimbingnya.

Malah pada saat peperangan sedang getir dan kemuncak, dia merayu supaya gurunya mendoakannya. Sedangkan dia mempunyai ilmu perang yang genius, ketenangan yang tinggi, peralatan yang cukup untuk merobohkan Konstantinopel.

Namun dia masih merendah diri.

Seakan dia tidak tahu apa-apa.

Itu ketundukan seorang raja.

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua mua'llim dan murabbi di mana jua anda berada

Firqah Az-Zahra' mempersembahkan Kalam Jamaie semasa sambutan

Hari Guru SKKD,Mabruk pada semua ,Dewan terpukau...

Khusus jua buat guru-guruku sejak dari kecil sehingga sekarang, Jazakallah Khairan Kathiro..

Moga diredhai Allah.

Ingatlah hidup kita ini hanya semata kerana Allah.

Hidup Kerana Allah....

Guru SKKD VS. Kaum Bapa




Wednesday, May 12, 2010

Peliharalah Akidah : Awas!! Kuiz Ramalan Facebook

0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم


الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz ini.

Dari sisi positif, aplikasi kuiz ini boleh dimanfaatkan sebagai satu medium dakwah yang menarik. Iaitu dengan mencipta kuiz-kuiz berbentuk ilmiah dan keagamaan. Sekurang-kurangnya pencipta kuiz boleh mempelajari skill membuat soalan yang berkesan dan pengguna yang menyertainya pula dapat mengulangkaji maklumat-maklumat yang mungkin sudah lama ditinggalkan.

Malangnya, kebebasan mencipta kuiz di Facebook telah disalahgunakan oleh sesetengah pengguna dengan membuat kuiz-kuiz yang boleh mencemarkan akidah dan kepercayaan. Antaranya kuiz horoskop, kuiz ramalan nasib, kuiz ramalan jodoh, kuiz ramalan di mana dan bila anda mati dan lain-lain.

Contohnya, dalam kuiz ‘Singkap Rahsia di Sebalik Nama’, jika seseorang bernama ALI menyertainya, setelah mengikuti aturan ringkas, jawapan yang akan diberikan adalah seperti di bawah:

ALI: 1+3+9=13
1 + 3 = 4

Nombor Rahsia disebalik nama anda ialah : 4

Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.

Jika anda mengikuti kuiz ‘Singkap Rahsia Nombor Lahir Anda’ pula, dan anda memasukkan sebagai contoh tarikh 1 Januari 1979, maka ramalan yang tertera ialah:

1 + 1 + 1979 = 1981
1 + 9 + 8 + 1 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1
Nombor Tarikh Lahir anda ialah :1
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.

Tidakkah satu kejahilan tentang agama dan kebebalan yang melampau, apabila sikap seseorang insan boleh diketahui melalui ejaan namanya atau susunan tarikh lahirnya? Sejak bilakah Allah Taala menjadikan ejaan nama seseorang dan susunan tarikh lahir sebagai alamat bagi sifatnya?

Malah, terdapat juga kuiz-kuiz yang lebih dahsyat seperti kuiz meramalkan di mana dan bilakah anda mati. Berdasarkan soalan-soalan dalam kuiz seperti ini, saya percaya bahawa orang yang membuat kuiz ini hanya main-main sahaja. Tidak berdasarkan kepada mana-mana teori atau falsafah.

Contohnya, saya menjawab secara rambang satu kuiz bertajuk ‘Di mana kamu mati’. Jawapan yang tertera ialah:

Di Rumah.
Lu mati jatuh dari tangga paling atas ke bawah tanggal 03 Maret 2014.

KEWAJIPAN MEMELIHARA AKIDAH

Berdepan dengan kemunculan tukang ramal dan ahli nujum moden di dalam Facebook, kita sebagai orang beriman wajib mempelajari dan memelihara akidah yang sahih. Agar dapat mengelak daripada kemurkaan Allah, dan membezakan antara hak dan batil.

Ramalan nasib, ramalan kematian, dan ramalan jodoh yang berasaskan kepada kaedah nama, warna kegemaran, dan seumpamanya adalah satu pencemaran dalam akidah Qadha’ dan Qadar. Kerana ilmu tentang perkara ghaib adalah hak mutlak Allah Taala, yang tidak dikongsikan dengan sesiapa pun kecuali yang dikhabarkan kepada rasul-rasulNya.

Allah menegaskan dalam Al-Quran:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلا يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ أَحَدًا إِلا مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُولٍ

Maksudnya: “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun. Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya. (Al-Jinn: 25-26).

HUKUM BERTANYA TUKANG RAMAL

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melarang umatnya daripada bertemu dengan tukang ramal, apatah lagi mempercayai ramalannya.

Sabda baginda:

من أتى عرافا فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam”. (Direkod oleh Muslim).

Di dalam hadis lain:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُول فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّد

Maksudnya, “Sesiapa mendatangi tukang ramal lalu mempercayai apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur kepada apa yang diturunkan ke atas Muhammad”. (Direkod oleh Ashab Al-Sunan).

Mendatangi tukang ramal bukanlah satu kekufuran atau syirik secara mutlak. Menurut Syeikh Al-Utsaimin, ia boleh dibahagikan kepada tiga katagori.

Pertama: Orang yang datang kepada tukang ramal untuk bertanya ramalan sesuatu, tetapi tidak mempercayainya. Perbuatan ini adalah haram, dan balasannya ialah tidak diterima sembahyang selama 40 hari.

Kedua: Orang yang bertanya tukang ramal, dan mempercayai apa yang diramalnya. Perbuatan ini selain haram, ia menyebabkan jatuh kafir kepada Allah. Kerana mempercayai bahawa tukang ramal mengetahui perkara-perkara ghaib yang merupakan hak mutlak Allah. Ia juga satu bentuk mendustakan ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan bahawa ilmu ghaib adalah kepunyaan Allah semata-mata.

Ketiga: Orang yang bertanya tukang ramal kerana maslahah untuk menyelidiki dakwaannya. Supaya dapat dijelaskan pendustaannya atau diambil tindakan terhadapnya. Tindakan ini adalah harus sebagaimana Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bertanya beberapa soalan terhadap Ibn Shoyyad.

Justeru, sebelum pengguna Facebook menyertai kuiz-kuiz ramalan, pastikan dulu dia termasuk dalam kategori manakah.

SEKADAR MAIN-MAIN

Sesetengah penagih kuiz-kuiz ini mempertahankan tindakan mereka dengan hujah kuiz-kuiz ramalan itu hanyalah satu bentuk permainan merehatkan minda sahaja, tanpa mempercayainya.

Sedarkah mereka bahawa dalam perkara Akidah, kita dilarang menjadikannya sebagai main-mainan dan olok-olokan? Bolehkah akidah tentang qadha dan qadar dijadikan main-mainan? Akidah bahawa Allah sahaja yang mengetahui perkara ghaib boleh dijadikan bahan mainan?

Di samping itu, adakah kita pasti kuiz-kuiz seperti itu langsung tidak memberi kesan kepada akidah pengguna Facebook yang rata-ratanya adalah remaja dan muda-mudi? Bagi saya, kuiz-kuiz ramalan di dalam Facebook adalah satu fitnah terhadap pengguna-pengguna Muslim, terutama mereka yang cetek ilmu agama.

Mereka yang bertanggungjawab mencipta kuiz-kuiz ini, hendaklah bertaubat kepada Allah kerana perbuatan mereka boleh membawa fitnah dan bencana kepada akidah orang Islam lain. Allah berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Maksudnya, “Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahanam dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar. (Al-Buruj: 10).

By: abuumair

Tuesday, May 4, 2010

حي على الصلاة Gambar2 muslimin menunaikan solat.

0 comments

sholat

image001

image001 copy

image01 copy

image1 copy

image002

image003

image03 copy

image0010

image010

image011

image013

image018

image021

image022

image027

image028

image029

r03_20072559[1]

r22_20104691[1]

8

Saturday, May 1, 2010

Pembunuh Malcolm X telah dibebaskan..

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Rabu lalu pembunuh yang menembak mati Malcolm X di Harlem pada 21 Februari 1965 telah dibebaskan, walaupun di atas kertas dikatakan parole. Parole adalah pembebasan bersyarat dan dipantau oleh pihak penjara.

Pembebasan Thomas Hagan yang kini berusia 69 tahun dianggap memijak perjuangan hak asasi yang selama ini dilaung-laungkan oleh AS. Kerana itu banyak pihak terutama kalangan kulit hitam menganggap pembebasan Hagan tidak wajar berlaku di negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi.

Malah pembebasan itu juga memperlihatkan Malcolm X seorang Islam yang kurang disenangi oleh AS. Bukan hanya dia pejuang hak asasi tetapi seorang Islam yang sangat berpengaruh hingga boleh membina satu gerakan massa dekad 1960-an. Biarpun dalam catatan sejarah pembunuhan itu berpunca dari perpecahan pergerakan Nation of Islam tetapi agenda lain adalah kerana Malcolm X seorang pejuang, beliau juga seorang Islam.

Banyak agensi berita Barat melaporkan Hagan dipenjara selama 45 tahun. Tetapi hanya segelintir saja yang melaporkan "keistimewaan" yang diberikan kepada pembunuh ini oleh pihak berkuasa Penjara Manhattan. Malah banyak agensi berita Barat juga memberikan gambaran kesukaran untuk Hagan mendapat parole kerana ini adalah rayuannya kali ke 18.

Realitinya Hagan hanya dipenjarakan yakni dikurung selama 23 tahun saja. Sementara 22 tahun hingga diberikan pembebasan parole Hagan sudah diletakkan bawah satu program pembebasan. Siapa tahu bahawa selama 22 tahun itu Hagan hanya bermalam dua kali seminggu di Penjara Manhattan sementara lima hari lagi dia bersama keluarganya.

Pengarah Eksekutif Pertubuhan Afro-Amerika, James Small memberitahu agensi berita BBC, "Pembunuh Malcolm X wajar dipenjara hingga mati." Walaupun Hagan berulang kali meluahkan kekesalan kerana terlibat dalam pembunuhan itu, kalangan kulit hitam Islam menganggap dia tidak diberikan balasan yang setimpal.

Hagan dikatakan satu-satunya pembunuh yang mengaku menembak Malcolm X ketika sedang berucap di Harlem. Malah dia juga mengaku bahawa dua tertuduh lagi tidak terlibat membunuh Malcolm X. Kedua- dua penjenayah itu telah diberikan pembebasan parole pada 1980.

Rentetan Sejarah Hidup Beliau

El Hajj Malik el Shabazz,
atau lebih dikenali sebagai Malcolm X di kalangan masyarakat bukan Muslim
Amerika.


-Malik Shabazz dilahirkan
sebagai Malcolm Little di Omaha, Nebraska
pada 19 May 1925.


-Anak keempat daripada lapan
kepada pasangan Reverend Earl Little, seorang pendakwah Kristian, dan Louise,
seorang wanita West Indies.


-Ayahnya telah dibunuh oleh
pelampau kulit putih. Disebabkan latarbelakang warna kulitnya, Malcolm terpaksa
menanggung kebencian pelampau Kulit Putih yang sangsi dengan asalnya, sama
seperti yang ditanggung oleh ayahnya sebelum dia dibunuh.


-Kesukaran hidup dalam arus
perkauman yang menekan ditambah pula dengan kekurangan harta dan bimbingan
ibubapa, Malcolm Little tenggelam dalam dunia jenayah dan dosa.


-Beliau terlibat dalam
aktiviti haram yang akhirnya mengakibatkannya beliau ditangkap pada 12 Januari
1946 dan dipenjarakan di Massachusetts State Prison di Charlestown bermula pada
27 Febuari 1946.


Islam Mengubah Hidupnya


-Hidupnya berubah setelah
saudara kandungnya memperkenalkannya kepada ajaran yang dibawa oleh Elijah
Muhammad. Elijah, pemimpin Nation of Islam (NOI), memperkenalkan mesej yang
cuba membawa golongan Kulit Hitam di US keluar daripada penindasan perkauman
dan juga mentaliti bahawa warna kulit mereka dan bangsa mereka adalah faktor
yang memberi mereka status yang hina dalam sistem sosial Amerika. Malcolm
membuat keputusan untuk memeluk Islam dan menganuti doktrin itu.


Nation Of Islam


-Enam aspek dalam doktrin
Nation of Islam, yang diperjuangkan oleh Elijah Muhammad.


1. ‘Islam ialah agama sebenar
untuk golongan Kulit Hitam manakala Kristian pula agama untuk musuh iaitu Kulit
Putih’.


2. ‘Kepercayaan bahawa Allah
sebenarnya seorang Kulit Hitam dan orang Kulit Hitam itu tuhan’.


3. Kulit Hitam ialah
‘Golongan Terpilih yang penciptaannya dan asalnya berasaskan kebenaran’.


4. ‘Golongan Kulit Putih
sebenarnya syaitan’.


5. ‘Pengasingan sosial dan
politik daripada golongan Kulit Putih ialah keutamaan yang suci dan mulia’.


6. ‘Keperluan perpaduan kaum
dan dalam Islam di seluruh dunia’. Bertentangan dengan tanggapan yang dicipta
oleh Euro-America, beliau berpandangan bahawa semua penduduk negara membangun
ditakdirkan untuk bersatu kerana mereka semua berasal dari golongan Kaum Asal
(Original People).


Kehidupannya Bersama NOI


-Sejurus selepas menyertai
Nation of Islam (NOI), Malcolm Little menukar namanya kepada Malcolm X dan
menjadi seorang penganut yang begitu gigih dan bersemangat memperjuangkan
falsafah Elijah Muhammad itu. Kekentalan usahanya berdakwah telah membawanya ke
segenap ceruk komuniti Kulit Hitam di US.


-Kegiatan Malcolm bagi pihak
NOI tersebut menimbulkan suasana yang cukup hangat di US pada penghujung 50an dan awal
60an. Ini kerana pada ketika itu di US, gerakan-gerakan hak asasi sedang
bersungguh-sungguh untuk menghentikan semua polisi berbaur perkauman dalam
kehidupan dan masyarakat Amerika.


-Malcolm begitu lantang
mengisytiharkan kepada Kulit Hitam bahawa “Kulit Putih dan Kulit Hitam tidak
boleh hidup bersama-sama dan sebarang usaha untuk bersatu-padu akan membawa
kerugian besar kepada Kulit Hitam”.


-Media golongan liberal Kulit
Putih seperti The New York Times, The Chicago Tribune telah mengecam Malcolm X
dengan label-label seperti “penghasut” dan “pencetus masalah.


Hijrah Malcolm X


-Pada November 1963,
berikutan pembunuhan Presiden John F Kennedy, Malcolm telah mengeluarkan satu
kenyataan yang akhirnya memisahkan dirinya dan Elijah Muhammad.


-Beliau dilaporkan dalam satu
akhbar US sebagai menyifatkan
pembunuhan Presiden itu adalah contoh jelas satu balasan terhadap dosa mereka
(masyarakat US)
sendiri selama ini (frasa asal: chickens coming home to roost). Bagi Malcolm,
masyarakat US
ialah masyarakat yang kejam dan kekejaman mereka telah lama ditujukan kepada
golongan Kulit Hitam. Kepincangan ini tidak perlu dinafikan lagi kerana
hinggakan Presiden sendiri boleh menjadi sasaran pembunuhan yang tidak
berperikemanusiaan.


-Malcolm telah digantung
keahlian selama 90 hari sebagai hukuman dan puak konservatif yg membenci cara
kerja Malcolm melihat hukuman itu sebagai peluang untuk terus menjatuhkannya.


-Masa hadapan Malcolm bersama
NOI hampir berkubur kerana Elijah sendiri semakin sangsi dengan kesetiaan
Malcolm. Ini ditambah lagi apabila rakan-rakan Elijah di Chicago, yang jelas
memusuhi Malcolm, mengambil kesempatan ini untuk meluaskan jurang perselisihan
dua individu ini.


-Pada perspektif seorang
penuntut Islam, perkembangan ini menjadi asas kepada kemunculan Malcolm yang
baru. Dalam erti kata lain, perselisihan ini membuatkan Malcolm memikirkan dan
menilai kembali keseluruhan falsafah perjuangan NOI. Beberapa perubahan besar
dalam diri Malcolm berlaku ketika krisis ini berlangsung.


Hidayah Ketika Haji


-Selepas berpisah dengan
Elijah, Malcolm menukar namanya kepada Malik el Shabazz. Gelaran El Hajj
ditambah setelah beliau kembali daripada perjalanan menunaikan Haji di Makkah.
Malik Shabazz juga telah memilih aliran Sunni Islam sebagai pegangannya.


-Dengan memilih Sunni, beliau
menjadi seorang yang lantang mengkritik bekas ketua dan ajarannya. Dalam
beberapa pertemuan umum seluruh US,
beliau mengaku mendedahkan banyak kepincangan dan penyelewengan dalam ajaran
NOI.


-19 April 1964, Malcolm
menyempurnakan umrahnya dengan tawaf kaabah, minum air zam zam di Telaga Zam
Zam dan berulang-alik dari Safa ke Marwah. Ketika ini Malcolm lihat manusia
semuanya adalah sama rata dan mula yakin bahawa hanya Islam yang dapat
mengatasi masalah perkauman.


-Bertitik tolak daripada
pengembaraannya ke Makkah di mana beliau memerhatikan perpaduan
pemimpin-pemimpin Muslim, Malik Shabazz mula membentuk imej baru dalam dunia
Islam.


-Kesannya, beliau mula
memperkenalkan dengan lebih jelas pegangan ortodoks Islam yang sahih di US. Perubahan
Malcolm X menjadi pemimpin Muslim ortodoks ini turut menjadi mangkin kepada
kelahiran pelbagai pertubuhan Muslim Afrika-Amerika.


-Era awal 1960an menjadi satu
titik penting dalam sejarah Islam kerana pada masa inilah Sunni ortodoks muncul
di khalayak menerusi masjid Malik Shabazz di Harlem dan pelajar muslim antarabangsa
mula menubuhkan persatuan-persatuan pelajar Muslim. Perkembangan dua elemen
inilah yang menjadi asas kepada apa yang wujud pada hari ini.

Pembunuhan Malcolm X


-21 Febuari 1965, di
Manhattan's Audubon Ballroom ketika hendak memulakan ucapan berlaku satu
kekecohan dan seorang lelaki menjerit “Keluarkan tangan kau dari poket aku!
Jangan mengganggu poket aku!”. Beliau ditembak di dada ketika cuba menenangkan kekecohan itu
bersama pengawal peribadinya.

Fahaman Yang Sahih


-Beliau seorang yang berani,
seorang pemidato yang berkarisma dan sangat fasih. Beliau adalah contoh seorang
manusia yang bersungguh-sungguh untuk membawa dirinya keluar daripada belenggu
kemiskinan dan kemunduran ilmu, dua masalah utama yang telah meletakkan
masyarakat Kulit Hitam US
di kelompok terendah masyarakat.


-Beliau seorang
Afrika-Amerika yang telah melontar dirinya ke barisan hadapan untuk menentang
ketidak adilan masyarakat Kulit Putih dengan caranya sendiri yang akhirnya
telah membawanya menerokai siapa dirinya. Beliau seorang yang cukup bijak untuk
menerima kesilapannya seperti yang ditonjolkan ketika beliau meninggalkan NOI
setelah beliau mula sedar pergerakan itu berprinsipkan perkauman semata-mata.