Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 30, 2009

Islamofobia

0 comments

Islamofobia adalah istilah kontroversi yang merujuk kepada prasangka dan diskriminasi pada Islam dan Muslim[1] Istilah itu sendiri sudah digunakan pada tahun 1980-an[2] tetapi menjadi popular selepas serangan 11 September 2001.[3] Pada tahun 1997, Badan Amanah Runnymede mentakrifkan Islamofobia sebagai "rasa takut dan benci terhadap Islam lalu membawa kepada takut dan tidak suka kepada orang Islam," juga menyatakan ia juga merujuk kepada amalan mendiskriminasikan orang Islam dengan mengasingkan mereka dari kegiatan ekonomi, sosial dan kehidupan masyarakat. Islamofobia juga termasuk persepsi bahawa Islam mempunyai nilai yang tidak sama dengan budaya lain, lebih rendah dari nilai barat dan mempunyai ideologi politik yang ganas daripada (dikenali) sebagai satu agama[4]

Pelbagai pendapat mengatakan peningkatan kecenderungan ke arah Islamofobia sebahagiannya diakibatkan oleh serangan 11 September,[5] sementara mereka yang lain pula mengaitkannya dengan kehadiran orang Islam yang meningkat di negara barat[6]. Pada bulan Mei 2002, European Monitoring Centre on Racism and Xenophobia (EUMC), satu pertubuhan pemantau Kesatuan Eropah, mengeluarkan laporan bertajuk "Summary report on Islamophobia in the EU after 11 September 2001" (Ringkasan laporan mengenai Islamofobia di Kesatuan Eropah selepas 11 September 2001), yang menggambarkan peningkatan insiden berkaitan Islamofobia di negara Eropah selepas 11 September[7] Satu forum pada tahun 2001, "Stockholm International Forum on Combating Intolerance", mengisytiharkan satu deklarasi yang antara lainnya meletakkan islamofobia sebagai sesuatu yang melanggar nilai-nilai asas manusia: [8]

Ahmad Deedat seorang aktivis yang giat menerangkan tentang islam kepada dunia barat

Rasisme, diskriminasi kaum, antisematisme, islamofobia, xenofobia, diskriminasi, keganasan dan pembunuhan kerana orientasi seks, dan apa jua bentuk sikap tidak toleransi, melanggar nilai-nilai asas manusia dan mengancam kebebasan masyarakat.

Jangan Biarkan Kami Mati di Gereja

0 comments


Oleh : Ustaz Amin

“Ustaz, boleh tak kami nak jumpa. Ada hal penting ni” kedengaran suara seorang kakak dari telifon saya. “InsyaAllah, nanti kak jumpa saya selepas saya habis mengajar hadith di Yayasan Restu ye,” jawab saya. Hari ini selepas kelas hadith bersanad di Yayasan Restu, telefon saya sekali lagi berbunyi, “ustaz, dah ada kat ofis ke?, kami dah nak sampai ni” katanya.

“Oh, terima kasih kerana ingatkan, nak jumpa dekat Yayasan”, bisik hati saya. Ye ye.. sekarang juga saya bertolak kak. Dalam lima minit lagi, InsyaAllah, saya sampai” kata saya pada kakak yang tidak saya kenali ini.

Sesampainya di ofis, sudah ada seseorang yang menunggu saya. Saya mempersilakan orang ini masuk. Dia membincangkan mengenai anak yatim al-Ijabah yang diusahakan. Lima minit kemudian, dari cermin ofis, saya melihat, masuk dua orang perempuan. Pekerja saya mempersilakannya duduk sebentar. Saya cepat-cepat menghabiskan perbincangan dengan orang pertama tadi. Selepas orang ini meminta diri, saya mempersilakan kedua-dua orang kakak ini masuk ke dalam ofis.

Inilah gereja yang menempatkan anak Muslim Melayu yang menghidap HIV
Baca Seterusnya >

Thursday, October 29, 2009

Hukum memberi ucapan selamat hari raya untuk orang kafir

0 comments

Hukum memberi ucapan selamat hari raya untuk orang kafir

MUKADDIMAH

Dalam shoutbox ada pertanyaan yang berkait dengan hukum mengucapkan selamat hari raya bagi perayaan orang kafir kepada orang-orang kafir. Soalannya adalah seperti berikut:

hakim assalamulaikum saya ingin bertanya 2 soalan pertama bolehkah kita wish hapy depavali atau pun marry crismas

Untuk menjawab persoalan ini, dr Yusuf Qardawi telah menjawab dalam bukunya (sila lihat rujukan). saya akan mengambil sebahgian dari apa yang telah beliau kemukakan sebagai jawapan pada persoalan ini

HUBUNGAN ORANG KAFIR DENGAN ORANG BERIMAN

Hubungan muslim dengan orang kafir adalah hubungan yang baik selagi mana orang kafir tersebut tidak memusuhi dan menganiya orang Islam. Ini jelas dari apa yang Allah gariskan dalam ayat berikut:

"Allah tidak menegah kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tempat tinggal kamu. Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berlaku adil." (8 : Mumtahanah)

Asma' bintu Abu Bakr telah datang berjumpa dengan Rasulullah saw , bertanya kepada baginda:

"Ya Rasulullah , sesungguhnya ibu ku yang masih kafir telah datang untuk menghubungi silatur rahim denganku, adakah aku boleh menghubungi silatur rahim dengannya?" Nabi saw menjawab :

صلي أمك


" Hubungi silatur rahim dengan ibu mu." (Hr Bukhari dan Muslim)

Ini menunjukkan Islam tidak menghalang hubungan baik diantara muslim dan non muslim.

Nabi saw bersabda:

اتق الله حيث ما كنت وأتبع السيئة الحسنة تمحها وخالق الناس بخلق حسن


" Bertakwalah kamu di mana kamu berada, ikuti perbuatan jahat kamu dengan perbuatan yang baik pasti akan dihapuskan dosa perbuatan jahat itu dan hendaklah kamu berakhlak bersama manusia dengan akhlak yang baik." (Hr Tirmizi dan Ahmad - hadis bersanad hasan)

Nabi saw menyebut perkataan manusia bukannya orang Islam atau orang yang beriman. Ini menunjukkan bahawa kebaikan itu hendaklah diberikan kepada semua manusia.

Sebahgian orang yahudi telah berjumpa dengan Nabi Muhammad saw dan mengucapkan:

السام عليك (kematian untuk mu)

Aisyah mendengar ucapan mereka, lantas menjawab:

وعليكم السام واللعنة يا أعداء الله (Untukmu kematian dan laknat wahai musuh-musuh Allah)

Nabi saw mencela Aisyah terhadap apa yang telah diucapkan. Aisyah pun berkata:

"Ya Rasulullah saw, Adakah engkau tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?"

Baginda saw menjawab:

يا عائشة الله يحب الرفق في الأمر كله

"Wahai Aisyah, Allah cinta kepada kelembutan pada semua perkara." (Hadis Bukhari dan Muslim)

FATWA DR YUSUF AL-QARDAWI

Berdasarkan hujjah dan dalil yang lepas , Prof Dr Yusuf Qardawi telah berkata:

"Oleh kerana itu , Tidak ada tegahan kepada induvidu atau Kesatuan Islam untuk memberi ucapan tahniah sempena perayaan orang-orang kafir , samaada dengan mulut atau dengan kad. Selagi mana tidak mengandungi ucapan-ucapan berbentuk keagamaan yang bertentang dengan dasar-dasar Islam seperti mengakui Nabi Isa disalib. Ini kerana agama Islam menafikan perkara ini. Firman Allah swt:

"Dan mereka tidak membunuh Nabi Isa dan tidak menyalibnya tetapi yang dibunuh dan disalib adalah orang serupa mukanya dengan Nabi Isa a.s." (156 : an-Nisa)

Ucapan-ucapan yang biasa sempena hari raya orang kafir dan tidak mengandungi lafaz yang mengakui atau meredai agama mereka adalah ucapan sopan santun sesama manusia.

Tidak dilarang untuk menerima hadiah daripada mereka dan membalas hadiah mereka. Nabi saw menerima hadiah dari orang kafir seperti Muqauqis pembesar qibti di mesir dan lain-lain.

KESIMPULAN

Terdapat ulama yang melarang ucapan seumpama ini seperti ulama arab saudi. Oleh itu kita perlu berlapang dada dan tidak fanatik dengan mana-mana pendapat. Kita perlu bersatu dari segi fikiran dan kerja untuk menghadapi orang-orang kafir yang memerangi umat Islam. Kadang-kadang saya hairan, kita saling memboikot sesama muslim tetapi selamba membeli barangan buatan kafir yang memerangi umat Islam. Fikirkanlah.

Rujukan: Sofwatut Tafasir oleh Syeikh Sobuni dan Fi Feqhil Aqalliyyat al-Muslimah oleh Dr Yusuf Qardawi.

Wednesday, October 21, 2009

kem bestari solat 2009 SKKD

0 comments


Alhamdulillah kem bestari solat bagi tahun 2009 telah pun selesai dijalankan.maklumbalas yang positif telah diterima,diucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat menjayakan kem ini..Jazakallah khairan kthiran jaza'

Monday, October 12, 2009

DAKWAH RASULULLAH S.A.W.

0 comments

Dakwah Rasulullah S.A.W. kepada Ali b. Abu Talib

Dinukilkan oleh Ibnu Ishak bahawa Ali b. Abu Talib telah datang dan kedua-duanya (Nabi s.a.w. dan Khadijah r.a.)sedang bersembahyang. Maka Ali pun berkata: Ya Muhammad, apakah ini? Jawab baginda s.a.w., Agama Allah dimana aku telah dipilih untuknya dan diutuskan dengannya Rasulnya. Maka aku menyeru kamu kepada Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu untuk-Nya dan kepada penyembahan-Nya sahaja, supaya kamu mengingkari Latta dan Uzza.

Ali pun berkata: Sesungguhnya ini adalah ajakan yang belum pernah aku dengari sebelum hari ini, aku tidaklah poleh memutuskan sesuatu tanpa memberitahunyya kepada bapaku Abu Talib. Maka Rasulullah merasa keberatan sekiranya usaha dakwahnya diketahui sedangkan pada masa itu tiada perintah (dari Allah) untuk mengisytiharkannya. Dengan yang demikian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada beliau: Ya Ali, sekiranya kamu belum memutuskan untuk memeluk agama Islam maka hendaklah kamu berdiam diri. (Hayatus Sahabah 1-m.s. 89)