Tuesday, September 20, 2011

Menyelusuri Tokoh Perubahan yg kian dilupai..

0 comments
Written by zain y.s
Wednesday, 19 September 2007

Image"Wahai sekelian ikhwan timur yang sedang lenyak di dalam tidurnya. Wahai sekelian saudara kami yang sedang lina bersedap-sedap di dalam keelokan mimpinya. Memadalah. Memadalah. Memadalah tidurmu itu kerana telah melampaui sangatlah sudah daripada sempadan mengambil kesenangan bilangan pingsan atau orang mati yang bernafas. Bangunlah segera. Sapulah mata daripada bekas tidur yang membunuh itu..."

Syed Syeikh Al Hadi, Al Ikhwan

Begitulah kata-kata yang diungkapkan oleh seorang tokoh yang banyak jasanya kepada negara kita ini. Syed Syeikh al Hadi satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun sejak akhir-akhir ini tokoh yang telah menjadi bapa kepada kewartawanan ini semakin dilupakan. Malah jasa beliau yang paling teserlah adalah mendirikan sebuah Madrasah yang sangat masyur dan diberi nama Madrasah Al Mashoor di Pulau Pinang.(kini dikenali sebagai SMKA Al Mashoor dan Mahaad Mashoor Islami) Sejarah perjuangan beliau yang tidak mengenal penat dan lelah tersebut seharusnya disanjug sebagai sebuah pengorbanan yang besar.

Namun demikian, tidak semuanya dihargai. Kediaman beliau di Jelutong, Pulau Pinang masih lagi menjadi monumen bersejarah yang dilupakan sejarahnya!. Justeru tulisan ini diharap dapat mengcungkil kembali rasa tanggungjawab umat Islam di Malaysia yang seharusnya bertindak segera ke arah menobatkan sebuah rumah yang melahirkan pemikiran-pemikiran yang menyedarkan umat Islam sebagai salah satu warisan negara yang tidak ternilai harganya!. Namun sayang sekali kerana rumah tersebut kini menjadi sebuah rumah berhala. Rumah di mana beliau melahirkan pemikiran dan syor-syor yang meyedarkan masyarakat Melayu di seluruh nusantara telah tergadai begitu sahaja.

Pengenalan Ringkas Tentang Syed Syeikh Al Hadi

ImageSyed Syeikh Al Hadi merupakan anak kelahiran Kampung Hulu, Melaka. Beliau dilahirkan pada hari Selasa 24 Rejab 1281 H bersamaan 25 Disember 1864. Beliau pulang ke rahmatullah pada 17 Zulkaedah 1344 H Bersamaan 4 April 1931 di Mukim Jelutong, Pulau Pinang. Bapa Syed Syeikh Al hadi bernama Syed Ahmad bin Hassan Al Hadi adalah berbangsa Arab yang berasal dari Hadramaut yang dilahirkan di Melaka. Malah nenda Syed Syeikh al Hadi turut di lahirkan di Melaka iaitu Syed Hassan bin Saggaf al Hadi. Beliau yang mendapat pendidikan Bahasa Arab daripada bapanya dan seterusnya mendapat pendidikan agama di sebuah sekolah agama dan Sekolah Melayu Straits Settlements, Melaka. kemudian beliau mengikut keluarganya yang mempunyai pertalian darah dengan keluarga Di Raja Riau, berpindah ke Pulau Penyengat. Di sana beliau dijadikan anak angkat oleh Raja Ali Kelana bin Raja Ahmad, adik tiri kepada Sultan Riau-Lingga yang juga Raja Muda. Kemudiannya beliau dihantar ke sebuah Pondok di Terengganu untuk mendalami ilmu agama. Namun begitu, beliau tidak lama di situ kerana beliau berpendapat bahawa sistem pengajian pondok hanya mengajar muridnya untuk menghafaz bukan berfikir. Setelah pulang ke Pulau Penyengat beliau terlibat dengan kesusasteraan di dalam Kelab Rasyidiyyah. Malah semasa tinggal di Pulau Penyengat, beliau berkesempatan ke Timur Tengah khususnya Arab Saudi dan Mesir kerana menemani anak-anak raja yang ingin melanjutkan pengajian atau menunaikan umrah dan haji. Di sinilah beliau terpengaruh dengan pemikiran Syed Muhamad Abduh yang membawa pemikiran Islah yang akhirnya pemikiran tersebut dikembangkan di Tanah Melayu.

Sumbangan Syed Syeikh Al Hadi dalam Kewartawanan

Syed Syeikh Al Hadi telah melihat medan penulisan sebagai satu medan untuk menyedarkan umat Melayu ketika itu. Usahanya ini terbukti apabila majalah Al Imam dikeluarkan pada 22 Julai 1906 yang ditulis dengan tulisan jawi berukuran lebar 6.3 inci serta panjang 8.6 inci. Pada mulanya majalah ini dicetak oleh Matbaah Melayu Tanjung Pagar dan kemudiannya oleh Al Imam Printing Company Limited. Al Imam mengandungi 32 halaman yang dijual dengan harga 25 sen wang British. Al Imam telah diterbitkan bersama-sama beberapa orang temannya seperti Syeikh Tahir Jalaluddin Al Azhari, Syeikh Salim Al Kalali, dan Haji Abbas bin Mohd Taha. Namun begitu Al Imam terhenti disebabkan masalah kewangan tetapi majalah ini telah mendapat sambutan hangat di Tanah melayu dan Indonesia. Kemudiannya beliau menerbitkan akhbar Al Ikhwan pada 1926 dan akhir sekali akhbar Saudara pada 1928.

Daripada akhbar-akhbar inilah Syed Syeikh Al Hadi telah menyebarkan fahaman dan idea-idea ke arah pembaikpulih umat Melayu dan seterusnya meningkatkan taraf orang Melayu yang krtikal ketika itu. Beliau telah berusaha dengan gigihnya untuk menyedarkan orang Melayu betapa pentingnya untuk bangun dan berusaha dan bukannya sekadar bermalas-malasan.

Syed Syeikh Al Hadi dan Islah

Syed Syeikh Al Hadi terpengaruh dengan pemikiran Kaum Muda hasil daripada pengajiannya dengan Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Jamal al Din Al Afghani di Mesir dan Arab Saudi. Pemikiran ini telah di ambil ketika beliau berulang alik dari Pulau Penyengat ke Timur tengah khususnya Mesir. Justeru, Syed Syeikh Al Hadi berusaha menghapuskan salah faham agama yang membelenggu umat Islam dengan memerangi amalan khurafat dan bida’ah. Beliau juga dengan bantuan beberapa teman-teman seperti Syeikh Abdullah al Maghribi dan Syeikh Tahir Jalaluddin menghapuskan ajaran Taslim dengan menjalankan penyelidikan selama 3 bulan. Berikutan itu satu perhimpunan diadakan di Masjid Jelutong dan beliau membuktikan ajaran tersebut adalah sesat dan kitab-kitab ajaran tersebut dibakar. Idea pemikiran islah atau aliran Kaum Muda ini telah banyak membantu ke arah “membasuh” minda masyarakat Melayu ke arah memahami Islam yang sebenarnya dan bukannya jumud dan beku seperti sesetengah golongan yang tidak mahu berubah.

Sumbangan Dalam Bidang Pendidikan

Sebagai seorang cendakia ulung, Syed Syeikh Al Hadi menyedari bahawa pendidikan adalah medan ke arah pembinaan jiwa yang murni. Beliau telah menubuhkan satu sistem persekolahan sendiri dengan menubuhkan Madrasah Iqbal Islamiyyah di Seligi Road, Singapura pada 1907. Namun setelah dua tahun ditubuhkan sekolah itu terpaksa ditutup disebabkan perselisihan faham antara ibu bapa dengan guru dan beberapa masalah lain. Namun hal tersebut tidak mematahkan semangat Syed Syeikh Al Hadi. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah sekolah yang diberi nama Madrasah al Hadi di Bandar Kaba, Melaka pada tahun 1915. Walaubagaimana pun sekolah ini juga tidak lama lalu berkubur. Atas kegagalan yang kedua beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang dan akhirnya berjaya menubuhkan madrasah Al Mashoor Islamiyyah di Tek Soon Street, Pulau Pinang pada 1919. Berkat usaha dan bantuan daripada teman-temannya, akhirnya madrasah tersebut telah menjadi sebuah pusat pengajian Islam yang penting ketika itu. Kemunculan Madrasah Al Mashoor ini tidak boleh dipandang enteng kerana inilah antara madrasah yang awal yang kekal hingga kini. Malah madarasah ini telah melahirkan beberapa pemimpin dan tokoh yang disegani seperti Dr Buharnuddin Al Helmy mantan Yang DiPertua Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Haji Abu Bakar Ashaari (Perlis). Pengaruh pendidikan ini telah melebar dengan luasnya di serata pelusuk negara hingga tertubuhnya Madrasah Idrisiah, Perak yang diplopori oleh Syeikh Abdullah Maghribi pada tahun 1934 dan beberapa buah lagi madrasah yang tumbuh berdasarkan kepada pemikiran Kamu Muda.

Seruan Untuk Umat

ImageMelihat daripada sumbangan beliau kepada agama, bangsa dan negara sememangnya tokoh ini kaya dengan jasa. Oleh itu penulis menyeru supaya kepada pihak-pihak terbabit agar dapat membantu usaha mendapatkan kembali rumah Syed Syeikh Al Hadi ini. Syed Syeikh Al Hadi telah meninggalkan khazanah ilmu yang banyak kepada kita semua. Beliau telah tiada yang ada hanyalah rumah sebagai tanda usahanya selama ini. Adalah tidak patut untuk kita membiarkan rumah beliau “terlepas” begitu sahaja. Penulis merayu supaya pihak tertentu supaya memastikan rumah beliau kembali sebagai sebuah warisan dan bukannya rumah berhala. Marilah kita sama-sama merenungi kata-kata Syed Syeikh Al Hadi dalam Akhbar Saudara untuk kita sama-sama muhasabah wajarkah kita membiarkan rumah tersebut terlepas begitu sahaja.

Wahai Saudara- Apa sukakah tuan-tuan menjadi ahli-ahli kubur sebelum mati? Ataupun menjadikan watan kita ini umpama padang-padang yang sunyi sama sekali isinya daripada ahli-ahli iman yang kasih akan watannya?.

Saudara, 10 April 1932.

Tuesday, September 13, 2011

497691 Calon Menduduki Peperiksaan UPSR Hari Ini Di Seluruh Malaysia.

0 comments

UPSR merupakan peperiksaan awam pertama yang akan diduduki oleh setiap individu yang bergelar pelajar di Malaysia ini.Pengalaman pertama menduduki peperiksaan yang besar seumpama ini akan ditimba oleh setiap mereka.Demikianlah sistem pembelajaran di Malaysia ini..Walaupun ada usaha pada suatu hari nanti sistem pendidikan di negara kita ini mungkin akan bertukar wajah dari "exam oriented" kepada penilaian berterusan yang pada hari ini telah pun dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.
Hari ini semua pelajar tahun enam diseluruh negara menduduki Peperiksaan UPSR, Dukacita bagi negeri Perlis diuji oleh Allah Azzawajalla dengan bencana banjir,pun demikian laporan terkini menyatakan semua calon di perlis berjaya menduduki peperiksaan tanpa masalah Alhamdulillah, Malah dilaporkan Sebahagian mangsa banjir bermalam sejak semalam lagi di pusat-pusat peperiksaan bagi memastikan kehadiran mereka...Mudah-mudahan kesungguhan,mujahadah mereka beroleh hasilnya...من جد وجد ومن زرع حصد barang siapa berusaha dia pasti akan beroleh apa yang diusahakan,dan brgsiapa yang bercucuk tanam dia pasti akan menuai hasilnya...
Kejayaan dan Hidayah adalah dengan kehendak dan usaha....

Orang ramai sedang mendapatkan air kolah surau di sebuah pondok pengajian yang telah "dijampi"

Tiada jalan mudah dan pintas untuk mendapatkannya, Tetapi kita terutamanya di Nusantara ini terlalu tksub dengan jampian-jampian pada air dan berbagai lagi sedangkan tiada tunjuk ajar dari Nabi SAW, Tidak pernah nabi berbuat demikian, Nabi pernah berdoa pada ibnu A'bbas Radhiyallahuanhuma اللهم علمه الكتاب Ya Allah Ajarkanlah dia Al-Kitab Riwayat Al-Bukhari. Pun Begitu tidaklah Ibnu A'bbas hanya menuggu tanpa usaha selepas didoakan nabi..Beliau berusaha dan benar-benar menjadi sahabat yang Faqeh dalam berbagai Ilmu..Jika demikian I'tiqad kita pada hari ini maka nabi tidak perlu berjuang sehingga ramai yang terkorban dan bersusah dalam perjuangan, jika hidayah,penerangan hati,cerdik dan faqeh dalam agama hanya dengan Ruqyah @ jampi pada air nescaya nabi dan para Sahabat akan mendahuluinya لو كان خيرا لسبقون إليه ،Jika benar ianya ada kebaikan nescaya kami(para sahabatlah) yang akan mendahului melakukannya..Amalan ini tiada petunjuk yang kuat.Malah dari pengamalan pun menampakkan kepincangan dan ketidakjernihan Aqidah yang bersih.. Allah Berfirman ادعوني أستجب لكم mintalah padaKu nescaya Aku aku akan perkenankan mengapa perlu ada silah(penghubung)hati mesti berhubung dengan Allah,Rahmat Allah, Hatta jika diminum Air Zam-Zam yang mana terdapat Hadis yang Sohih mengenainya الماء زمزم لما شرب له (Air zam zam akan diberi kurnia pada peminumnya(atas apa yg (diniatkannya) ).. Hati dan jantung kita tidak boleh tertumpu pada makhluk Allah ini semata-mata akan tetapi perlu bergantung dan menumpukan pada Rahmat Allah Azzawajalla..
Mudah-mudahan kita dikurniakan kejayaan didunia dan akhirat.Bagi pelajar Tahun 6 SKKD Ustaz doakan agar dipermudahkan Allah dalam semua urusan..Wallahu A'lam