Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, January 26, 2010

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Pagi ini ana dapat surat panggilan untuk menghadiri kursus BTN
(Biro Tata Negara) di Pulau Pangkor.Ana sepatutnya hadir kursus ni pada tahun 2007 tapi disebabkan ada beberapa hal yang tak dapat nak elak,ana buat penangguhan dan mohon sendiri semula.Alhamdulillah tak perlu tunggu lama.Dalam perkhidmatan awam kursus BTN ni untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
Kursus ini memang penting untuk penjawat awam.Apa-apa pun ana berharap dapat mengambil peluang ini sebagai salah satu untuk menambahbaik diri & ilmu serta pengalaman..InsyaAllah

Saturday, January 16, 2010

Hati Yang Soleh,Bekalan Untuk Perjalanan Yang Abadi

0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Bersyukur kepada Allah atas nikmat islam dan Iman yang telah Allah berikan kepada kita sehingga saat ini.Sesungguhnya keimanan dan keislaman kita ini mestilah diasah serta digilap agar terus bertambah saban hari,Hati akan menjadi mati dan keras jika tiada santapan rohani dihidangkan kepadanya..sepertimana dalam satu hadis Rasulullah s.a.w pernah bersabda
" ألا وإن في الجسد مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله ، و إذا فسدت فسد الجسد كله ألا و هي القلب " ( متفق عليه)
Ingatlah bahwa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik maka baiklah jasad seluruhnya dan jika ia rusak maka rusaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah ia adalah hati.”

Senantiasalah kita berdoa kepada Allah agar diberikan ketetapan iman di dalam hati serta merawat hati dari kerosakan dan kemungkaran sepertimana doa yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم kepada kita yang berbunyi
" اللهم مصرف القلوب اصرف قلوبنا إلى طاعتك" (أخرجه مسلم وانفرد به)
وعن عائشة رضي الله عنها أن الرسول صلى الله عليه و سلم كان يكثر من قوله :
"يا مقلب القلوب، ثبت قلبي على طاعتك
Selain dari berdoa hati, juga memerlukan kepada santapan @ hidangan dengan nasihat-nasihat agama agar sentiasa dekat kepada Allah dan RasulNya.
Alhamdulillah di kawasan ana ini semakin banyak kuliah-kuliah ilmu yang diadakan di surau.tambahan pulak baru-baru ini sahabat ana Ust. Abd Hamid telah membina satu laman web khusus untuk merangka jadual dan juga sebagai panduan kepada yang dahagakan ilmu untuk mengikuti kuliah yang akan di adakan di sekitar Simpang Taiping ini Alhamdulillah..Mudah-mudahan Allah meredhai kita di Dunia dan Akhirat.
Hidup kerana Allah....

Sunday, January 10, 2010

Allah Robbuna wa Robbukum..

0 comments




Bukankah selama ini, kita ummat Islam beriman dengan kerasulan Nabi Isa A.S. Maka begitu juga ummat Kristian.Namun pemahaman dua kelompok ini amat berbeza.

Ummat Kristian menganggap Isa mati disalib; dan menganggapnya sebagai Anak Bapa atau Tuhan dalam bentuk manusia dan entah apa lagi…Siap dengan ada gambarnya sekali!

Sedangkan Islam mengatakan bahawa Isa adalah seorang manusia biasa yang dilahirkan tanpa berbapa; tidak mati tetapi telah diangkat ke langit dan akan turun semula ke dunia diakhir zaman nanti.Ringkasnya begitulah.

Namun begitu, perbezaan tersebut tidak memberikan kelebihan atau keizinan kepada pihak Islam untuk melarang ummat Kristian daripada menggunakan perkataan ‘Isa’ bagi merujuk ‘Jesus’.Dan kita percaya penggunakan‘Isa’ oleh Kristian bagi merujuk ‘Jesus’ tidak pernah mengelirukan ummat Islam selama ini kerana ummat Islam menyadari yang mana satu ‘Isa’ yang sebenarnya dalam Islam, dan yang mana satu ‘Isa’ yang diimani kaum Kristian.

Kenapa ummat Islam perlu berasa terlalu

Wednesday, January 6, 2010

Usaha & bertawakkal

0 comments



MANUSIA sebagai makhluk Allah vang lemah sifatnya tidak akan terlepas daripada hakikat menghadapi dugaan dan ujian hidup.
Ujian dan dugaan ini bukan sahaja ditu­runkan pada manusia yang melakukan kejahatan malah dikenakan juga pada orang-orang yang mengamalkan kebidupan yang mulia.
Dalam riwayat sejarah Islam juga dicatatkan betapa para ambia dan Rasul juga tidak terkecuali menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah bertujuan untuk menguji diri mereka.
Walaupun golongan mereka merupakan kekasih Allah namun sekiranya Allah memilih untuk menguji mereka maka datanglah dugaan-dugaan tersebut.
Nabi Ayub misalnya, diuji Allah dengan pelbagai rintangan dan kepayahan malah pada satu tahap dirinya amat sengsara. Beliau sentiasa

Monday, January 4, 2010

Persekolahan 2010 Lain dr Yg Lain !!

0 comments

Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat PIBG. Ianya bertujuan untuk meluluskan Bayaran Tambahan pelajar untuk pada tahun 2010 ini.

Ini adalah kerana peruntukan Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 akan berkurangan sebanyak RM 4 Billion berbanding tahun 2009.

Akibat daripada kekurangan yang begitu banyak peruntukan perbelanjaan ini ialah :

kembali ke sekolah

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

Sesi persekolahan 2010 baru saja bermula.Salam tahun baru.Mudah-mudahan sempena tahun yang baru ini kita sama-sama memperbaharui dan menambahbaik diri kita...InsyaAllah. Hijrah Akal,Hati dan Nafsu demi mencari Redha Allah dimuka bumi ini.