Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, March 11, 2010

Perginya Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi

0 comments
"KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.

Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. – AFP

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0311&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm


Monday, March 8, 2010

Hidup & Matiku kerana Allah

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Bersyukur kepada Allah kerana limpah kurnianya masih memberi kepadaku peluang untuk hidup di dunia ini dan juga bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat keislaman dan akan terus berusaha untuk mencari keredhaan Allah.
Hari Sabtu baru-baru ini ana berasa cukup berbesar hati kerana rumah ana telah dikunjungi oleh seorang hamba Allah yang cukup ana hormati, Akhi Khalid Abu Ahmad namanya.Beliau datang dari bumi yang cukup diberkati Allah iaitu Palestin.Beliau berasal dari Baitul Lahm.Datangnya ke Malaysia bersama-sama 7 orang rakan yang lain untuk menyebarkan da'wah.Kebetulan pada hari tersebut beliau dan sahabat-sahabatnya singgah bermalam di masjid Pengkalan Aur,Mustafa sahabat ana ada memberitahu kepada akhi khalid ini yang ana boleh berbahasa arab ,terus beliau nak datang ke rumah,Ana sambut dengan hati yang lapang.Agak lama kami berbual petang itu,Macam-macam topik dibincangkan..
MasyaAllah...apa yang pasti selepas lama berbual dengan akhi khalid ini ana berasa begitu bersemangat dan ta'jub dengan ruuh dan kekuatan yang ada pada setiap orang Palestin ini,Ana percaya jika semangat sebegini berterusan nescaya suatu hari nanti pasti Israel la'natullah a'laihem akan berkubur jua nanti..dan Islam akan menemui kemenangan.
Terlalu asyik berbual dengan beliau sampai ana terlupa nak bergambar dengannya.Keikhlasan jelas terpancar dari wajahnya,Kata beliau "Jalan kita hanya satu,tiada dua,tiada tiga hanya satu,iaitu taat Allah dan RasulNya".Beliau sendiri mempunya 7 orang anak,kata beliau untuk memastikan kami rakyat Palestin mempunyai tentera yang cukup stiap keluarga mempunyai anak yang ramai,Pendek kata melahirkan anak adalah melahirkan seorang pejuang ke jalan Allah Azzawajalla.."Hari kemenangan bagi kami pasti akan datang kerana kami yakin dengan janji Allah dalam surah An-Nasr", kata beliau
Apa yang ana dapat simpulkan semangat dan ruuh Islam kita cukup rapuh berbanding dengan mereka ini,Terkadang rasa begitu lalai kita dalam menjalani kehidupan dunia yang hanya sementara ini,Mudah-mudahan iman kita bertambah seiring hari yang bertambah dalam kehidupan kita....

Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Sk Kg Dew 2010

0 comments



بسم الله الرحمن الرحيم

الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah pun diadakan pada 5hb Mac bersamaan hari Jumaat baru-baru ini.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Tujuan utama sambutan ini diadakan bagi memberikan pendedahan seterusnya menelosori perjuangan Rasulullah S.A.W kepada para pelajar.Syukran kepada Ustaz Abdul Hamid, Ustazah Mazeyah serta guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah memastikan majlis sambutan Maulidur Rasul ini telah dapat dijayakan dengan baik..

Sama-samalah kita tegakkan Sunnah,Ajaran dan apa yang telah disampaikan kepada kita, Kerana inilah bukti dan cara yang sebenar mencintai dan beriman kepada Muhammad Rasulullah S.A.W..

Pendakwah Cilik Dari Indonesia

0 comments



بسم الله الرحمن الرحيم

الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Pada sepanjang minggu lepas surau di kejiranan ana telah menganjurkan beberapa siri program sempena peristiwa maulidur Rasul S.A.W. Pada 2hb pihak surau telah menjemput Ustaz Halim Nasir dari Sg. Petani.Banyak manfaat yang dapat diambil dari syarahan beliau diikuti pada 4hb Mac telah dijemput rombongan Prof. Kiai Solihan yang didatangkan khas dari Indonesia, bersama beliau ialah anak-anak kecil semuda 4 tahun hingga 10 tahun yang mempunyai kelebihan berpidato dan berceramah agama serta menghafaz Al-Quran yang mana 'Daie-daie kecil' ini telah dididik sendiri oleh Pak Kiai di Pondok Pesantren Muhammad Al-Fateh, Pulau Batam Indonesia yang telah diasaskan oleh beliau sendiri.

Ana berasa sejuk hati melihat anak-anak kecil ini masakan tidak melihat mereka berucap dan menyampaikan ceramah agama dengan petah sekali bagaikan mutiara-mutiara telah terpancar dari mulut mereka...Di Indonesia kanak-kanak lazim dilatih untuk berucap dikhalayak ramai khususnya berkaitan agama tetapi di Malaysia kanak-kanak lebih di asuh dengan hiburan & perkara-perkara yang melaghokan

Negara & bangsa kita umpama larut dan asyik dalam hiburan,anak-anak masa kini makin jauh dari Allah & Rasul.Mudah-mudahan usaha yang dilakukan oleh pencinta-pencinta agama sepertimana yang dilakukan oleh pihak surau ana ini dapat mengembalikan semangat dan ruuh Islam dalam diri masyarakat kita...Ingat..!! hidup ini hanya sementara hidup hanya sekali dan kita hidup bukanlah tanpa matlamat, kita hidup untuk mencari keredhaan Allah.Kita hidup kerana Allah...

Thursday, March 4, 2010

Hukuman Sebat

0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم

الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Perlaksanaan Hukuman Sebat : Mengikut Hukum Syara' di Malaysia Cabaran dan Halangannya.

1. Menurut Islam, hukuman yang dijatuhkan ke atas penjenayah yang terbukti bersalah adalah satu proses penyucian dosa yang dilakukannya. Pesalah yang menjalani hukuman syariah dikira bersih daripada dosa.


2. Jenayah menurut Imam Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniyyah adalah merujuk kepada segala bentuk kesalahan yang melanggar batas syariah yang boleh dihukum sama ada qisas, hudud atau takzir. Demi menjaga kemuliaan agama, nyawa, akal, harta dan maruah, Islam telah menetapkan setiap kesalahahan syariah mestilah dihukum.

3. Objektif hukuman jenayah Islam adalah untuk menjadi pembalasan, langkah pencegahan supaya penjenayah menjadi serik dan insaf, masyarakat gerun untuk melakukan jenayah, serta proses pemulihan. Merujuk kepada jenayah arak secara khusus, minum arak adalah sebagai salah satu jenayah hudud adalah merupakan dosa besar dan pencetus kerosakan hidup manusia. Justeru hukuman kepada pelakunya adalah sangat berat iaitu sebatan yang menjadi Ijmak di kalangan para ulamak.

4. Cuma ulama berbeza pendapat jumlah sebatan. Ada yang mengatakan 80 sebatan, iaitu menurut pendapat Imam Malik, Abu Hanifah dan satu riwayat daripada Imam Ahmad. Imam Syafie dan satu pendapat daripada Imam Ahmad pula mengatakan kadar hukumannya adalah 40 sebatan. Menrut Imam Syaukaniy dalam kitab Nail al-Autar, jilid 7, (ms 249), alat sebat yang boleh digunakan selain daripada rotan ialah pelepah tamar, kasut, hujung, kain dan tangan.

5. Keistimewaan hukuman sebat menurut hukum syarak secara jelas telah dihuraikan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan1987), Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 melalui Seksyen 125 dan 126 Enakmen itu. Antara lain seksyen ini menerangkan alat sebatan yang digunakan dan cara perlaksanaan hukuman sebat dijalankan.


1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat daripada rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 cm.

2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.

4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan disebat dalam keadaan duduk.
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

8. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan sama ada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

9. Pesalah hendaklah memakai pakaian mengikut Hukum Syarak.
10. Selepas mengenakan satu sebatan,tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.


6. Antara isu yang ditimbulkan adalah bilangan maksima 6 sebatan yang boleh dikenakan terlalu jauh dengan jumlah yang ditetapkan oleh Allah (lihat cara perlaksanaan hukuman sebat oleh penjara). Namun secara dasarnya, walau berapapun jumlah yang boleh dijatuhkan ianya wajib dilaksanakan kerana itulah kemampuan Mahkamah Syariah. Baki yang diluar bidangkuasa yang diberikan maka tinggalkanlah kepada penggubal dan mereka yang meluluskan undang-undang menanggung dosanya. Kaedah Feqah menyebutkan; Apa yang tidak mampu dilakukan semuanya maka janganlah ditinggalkan kesemuanya.


7. Buruk sangka terhadap hukuman ini sebenarnya masih menebal kerana masyarakat melihat beberapa kes yang terjadi di negara-negara tertentu sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Lembah Swat, Pakistan pada awal bulan ini. Iaitu apabila seorang remaja perempuan disebat, sama ada dengan rotan atau kayu oleh anggota Taliban sebanyak 34 kali hanya kerana menemui seorang lelaki bukan muhrim.


8. Islam sebenarnya memperuntukkan hukuman rotan kepada dua jenis kesalahan syariah iaitu hudud dan takzir. Hudud melibatkan hukuman kesalahan-kesalahan seperti persetubuhan haram atau zina, tuduhan qazaf dan minum arak.


9. Sementara takzir yang bermakna hukuman yang menjadi pengajaran dengan menjadikan rotan merupakan hukuman utama dalam kesalahan-kesalahan takzir yang serius.

10. Rotan adalah satu bentuk hukuman yang berkesan terutama kepada penjenayah-penjenayah yang merbahaya dan didapati sudah sebati dengan kesalahan-kesalahan tersebut.

dipetik dari Ust Nasrudin Hasan At Tantawi.

Wednesday, March 3, 2010

Solusi

0 comments

Antara Menarik Bulan Ini
Majalah Solusi Edisi 17 keluaran bulan Mac 2010.
Mengupas isu - Membina Keyakinan Diri.

Isi kandungan:

Tafsir - Ustaz Zahazan Mohamed - Surah Al-Nazi'at, Malaikat Pencabut Nyawa dan Kisah Nabi Musa.

Hadis - Ustaz Adlan Abd Aziz - Kesakitan Lumrah Dalam Kehidupan.

Cerna Minda - Ir Ahmad Jais Alias - Menghargai Minda.

Isu - Pahrol Mohamad Juoi - Keyakinan Diri Untuk Mengubah Dunia dan Bagaimana Membina Keyakinan Diri.

Jalan Keluar - Ustaz Ahmad Baei Jaafar - Ulama Berperanan Membetulkan Umara


Hikmah - Ustaz Hasrizal Abd Jamil - Antara Tudung dan Tali Leher.

Hai Anak - Rashidah Mustaffa - Kecil-kecil Biar Tahu Tujuan Hidup.

Muamalat - Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Hukum Berkenaan Facebook.

Cerdik Baik - Dato Dr Hj Fadzilah Kamsah - Tangani Marah.

Muslimah - Dato Siti Nor Bahyah Mahamood - Mendidik Anak Dalam Kandungan.

Misteri Alam Ghaib - Dato Ismail Kamus - Wanita Jahat Senjata Syaitan.

Usaha Jaya - Dr Irfan Khairi - Jutawan Gawat.

Dan banyak lagi.

Para kolumnis yang prolifik dan berwibawa menjadi salah satu nadi

kekuatan utama majalah ini. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Ustazah

Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Dr. Irfan Khairi (Jutawan

Internet), Ustaz

Zaharuddin (http://www.zaharuddin.net/), Dato' Dr. Mahmood Zuhdi, Haji Muhammad Zakaria, Ustaz Hasrizal Abdul
Jamil (dari http://www.saifulislam.com/) dan Ahmad Fadzli Yusof adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam
dunia motivasi dan keagamaan.
Asas

majalah ini iaitu Panduan Hidup Bersyariat menjadikan majalah ini WAJIB

dimiliki oleh sesiapa sahaja yang inginkan petunjuk ke jalan kebenaran..
Mengapa perlu SOLUSI?
Perlu apa lagi sebuah majalah Islam diterbitkan? Bukankah sudah banyak majalah seumpamanya dalam pasaran?
Jawabnya

ya, jika dilihat dari sudut 'persaingan'. Mungkin tidak perlu lagi

majalah seumpama ini diterbitkan. Apatah lagi majalah sebegini

selalunya tidak menjanjikan pulangan kewangan yang lumayan. Tetapi,

apakah semua usaha perlu di lihat dari dimensi 'persaingan'? Apakah

semua keputusan di buat berdasarkan faktor kewangan?
Jawabnya,

tidak! Dari dimensi 'perkongsian', usahasama untuk melakukan kebaikan

sentiasa dialu-alukan. Firman Allah: "Hendaklah kamu bertolong-bantu

dalam kebaikan dan ketaqwaan." (Surah al-Maidah: 2) Malah 'perlumbaan'

untuk melakukan kebaikan perlu sentiasa disuburkan. Firman Allah:

"Hendaklah kamu berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan."

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan majalah Solusi bolehlah menghubungi ana.

Ust Nasrul Hadi Jamil
019-5728786

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul 2010

0 comments



Siapakah Yahudi & Israel..

0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم

الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Yahudi....Israel.....
Saban hari kita kerap mendengar nama ini dikumandangkan,menceritakan kekejaman dan kebengisan yang dilakukan mereka,siapakah mereka dan sejarah mereka.

MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.

1. YAHUDI

Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa "Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.

2. IBRAN

Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir. Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat. Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

3. ISRAEL

Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata : "selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.

SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI

Agama Yahudi walaupun ianya salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara sejarah dan ajaran agama Yahudi.

1. Agama Yahudi diperingkat awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.

2. Penduduk asal kawasan ini terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.

3. Pada tahun 3000 sebelum masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut dan membina kota-kota besar.

4. Pada tahun 2500 sebelum masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meningalkan Semenanjung Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut. Kawasan yang didiami oleh orang-orang Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .

5. Sebuah kabilah yang datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200 sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah Palestin.

6. Adapun orang-orang Aram yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang Syiria.

7. Di utara Semenanjung Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.

8. Sebuah Kabilah yang bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.

9. Di akhir pemerintahan Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18 kembali memerintah Mesir.

10. Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.

11. Di antara kabilah yang datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan keturunannya).

12. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta pengikutnya meniggalkan negara Iraq.

13. Dalam perjalanan mencari tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin. Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.

14. Selepas beberapa ketika, Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang bernama Hajar.

15. Sarah ialah seorang isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan seorang putera yang diberi nama Ismail. Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka berdua.

16. Nabi Ibrahim a.s telah membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai Baitullah.

17. Selepas 14 tahun kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak. Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.

18. Yaacob digelar sebagai Israel dan mempunyai 12 orang anak. Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai empat orang isteri iaitu ;-

i- Laiah; anak sulung kepada bapa saudaranya. Mempunyai enam orang anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.

ii- Adik kepada Laiah bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.

iii- Zalfah; hamba kepada Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd dan Ashir.

iv- Balhah; hamba kepada Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.

BAHASA IBRIAH

19. Sepertimana yang diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram. Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi. Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan dan upacara keagamaan sahaja.

PENGASINGAN BANGSA YAHUDI

20. Jika diperhatikan pada orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara :-

i. Perbezaan Aqidah, orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran, orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap, mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.

21.Tabiat mengasingkan diri dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain. Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.

22. Sikap mengasingkan diri ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain. Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain. Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin, Freemason dan lain-lain.

23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa Yahudi.

BANI ISRAEL DI MESIR

24. Pada kurun ke-17 sebelum masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh 2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos pada ketika itu dengan penuh penghormatan.

25. Bani Israel bersama dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan berniaga.

26. Di sepanjang pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.

27. Apabila kerajaan Mesir diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-

i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa bekerja keras seperti rakyat jelata Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka mengasingkan diri dari masyarakat Mesir telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.

28. Orang-orang Mesir merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.

BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR

29. Setelah berlaku apa yang kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

30. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.

31. Maka Musa dan kaumnya telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya mati di telan laut.

32. Apabila Musa a.s dan kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .

33. Bani Israel begitu marah dengan kehidupan baru mereka lalu berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan semula mereka ke Mesir .

34. Nabi Musa a.s telah dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka.

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`

35. Apabila Nabi Musa a.s terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru mereka .

36. Sekembalinya Nabi Musa a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.

37. Nabi Musa a.s dengan perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .

38. Nabi Musa a.s dan kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang senang dan hina.

39. Disebabkan keengganan mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

40. Bani Israel telah disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40 tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.

41. Setelah kewafatan Nabi Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah Palestin.

BANI ISRAEL DI BUMI PALESTIN

42. Bani Israel telah mendirikan kerajaan mereka di bumi Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.

43. Sejarah pemerintahan Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -

i. Zaman pemerintahan Qadi (hakim)
ii. Zaman pemerintahan beraja
iii. Zaman perpecahan dan kehancuran

ZAMAN PEMERINTAHAN HAKIM

44. Seperti yang telah disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja . Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belas puak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk menerima atau menolak keputusan yang dibuat.

45. Hakim dipilih di kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.

ZAMAN PEMERINTAHAN BERAJA

46. Pada akhir zaman pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman yang dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel yang berpecah belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah musuh-musuh mereka.

47. Maka Syamwil denagn petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka untuk memerangi orang-orang Kan'an.

48. Di dalam satu peperangan yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut. Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut menyebabkan dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.

49. Nabi Daud telah lari menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an serta mengambil peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang disebut di dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".

50. Nabi Daud a.s telah memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia menjadikan Habron sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai ibu negara kepada kerajaannya .

51. Zaman pemerintahan Nabi Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -

i. Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian damai dengan raja Finique yang bernama Hairon.

52. Nabi Sulaiman telah mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya. Semasa pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada di kemuncak kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.

53. Selepas daripada itu kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh : -

i. Hidup dalam kemewahan dan suka berfoya-foya.
ii. kezaliman dan kekerasan daripada kerajaan Nabi Sulaiman.
iii.Terlalu ramai bilangan isteri dan perempuan-perempuan simpanan
iv.Terdapat beberapa pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am.

ZAMAN KEHANCURAN

54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -

i. Kerajaan Selatan, ibu negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh Rahba'am. Negara mereka bernama kerajaan Yahouza.
ii. Kerajaan Utara, ibu negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.

KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA DAN ISRAEL

55. Pada tahun 721 sebelum masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.

56. Pada tahun 608 sebelum masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah menyerang Palestin dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka mendapat kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel yang berada di bawah taklukan kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.

57. Kejatuhan kerajaan Israel ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel sekaligus dapat merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir. Maharaja Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama Sidqia dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel keluar dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka dikenali sebagai tawanan Babylon.

BANI ISRAEL SELEPAS KEHANCURAN NEGARA MEREKA

58. Selepas kehancuran kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.

59. Kepulangan orang-orang Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.

60. Mereka yang pulang dan menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar, Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani Israel bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi kerajaan Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan menghalau mereka keluar dari Palestin.

61. Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut ditolak oleh mereka.

62. Pada tahun 135 masehi sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada Bani Israel.

63. Ketika Saidina Umar r.a. membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang berketurunan Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci ini.

KITAB SUCI ORANG YAHUDI

64. Dikalangan orang-orang Yahudi terdapat dua kitab suci iaitu:-

a . Perjanjian lama.
b . Talmut.

65. Melihat kepada pendapat yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab Talmut walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa kitab Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih cenderung kepada pendapat yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut

66. Kitab Talmut ialah tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada ajaran yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.

67. Kitab perjanjian lama merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun, terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.

68. Mazhab Katolik mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan dengan Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk Safar Musa (Taurat).

69. Kitab suci perjanjian lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah. Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam surah-surah Al-Quran.

70. Kitab perjanjian lama terbahagi kepada 4 bahagian utama :-

a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).
b . Safar-safar sejarah.
c . Safar-safar doa dan syair.
d . Safar kenabian.

Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam agama Yahudi.

SAFAR MUSA

71. Safar Musa dikenali sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama dan mengandungi 5 Safar iaitu:-

a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.

72. "Safar ciptaan alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim serta keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf dan kehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.

73. "Safar penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar dari Mesir dan berjaya menyeberangi lautan sehinggalah mereka sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada Bani Israel.

74. "Safar kaum Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12 puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s. Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian mereka.

75. "Safar bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari puak Levi.

76. "Safar Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.

SAFAR SEJARAH

77. Safar Sejarah mengandungi 16 safar iaitu:-

a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang memerintah Bani Israel ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c. Safar Raja I.
d. Safar Raja II.
e. Safar Raja III.
f. Safar Raja IV.
g. Safar Hari-hari I.
h. Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari sebelah ayahnya.)
j. Safar Azra.
k. Safar Nahmia.
l. Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.

SAFAR DOA DAN SYAIR.

78. Safar ini mengandungi 6 safar yang bermula dengan:-

a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.

SAFAR KENABIAN.

79. Safar kenabian terdiri dari:-

a. Ashaia. h. Amus. o. Hiji.
b. Armia. i. Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh. j. Yunan. q. Malakhi.
d. Hazkial. k. Mikha. r. Safar Hikmah.
e. Dania. l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'. m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.

80. Kitab perjanjian lama merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar yang lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun.

BEBERAPA PERSOALAN PERBANDINGAN.

81.a. Ketuhanan seperti yang terdapat dalam kitab perjanjian lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian lama.
d. Hari Kiamat.

82. Sesungguhnya semua agama yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).

83. Begitulah peranan para rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat walaupun telah diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku. Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang ada di langit di atas dan di bawah, di dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah ke-20, ayat 3.

84. Kitab perjanjian lama telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga selepas kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah. Mereka telah menyembah apa yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani Israel yang bernama Yusijia telah membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan patung yang disembah dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para pendita yang mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh Yarbaam.

85. Apabila kita membaca kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di sekeliling mereka atau yang dibuat oleh mereka sendiri.

86. Sifat-sifat tuhan yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada kecenderungan Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu, perompak dan tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan mereka adalah ketua kepada kumpulan penyamun.

87. Seperti yang disebut di dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang berjaya mematahkan peha Nabi Yaakub.

88. Ini jelas terbukti apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa sedih dan menyesal.

89. Apabila kita ingin memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan mereka dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia telah meletakkan para nabi di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang ia menganggap nabi tersebut sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak berperikemanusiaan.

90. Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa disebabkan oleh perasaan dengkinya.

91. Di dalam "safar samwil ke-2" telah menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud bersiar-siar di istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila diselidik perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya. Maka dia telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada perempuan tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita kematian lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.

92.Mengenai Nabi Sulaiman pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700 orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba. Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada akhir hayat beliau.

93. Apabila kita perhatikan di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati satu kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku di dalamnya seperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan terus menerima penyiksaan di dunia ini.

MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM AGAMA YAHUDI.

94. Agama Yahudi sepertimana agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain.

95. Perkara utama yang menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.

96. Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-

a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b. Soduqiyun e. Samiriyun
c. katabah f. Qurraayun.

97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan kerajaan Bani Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk mengembalikan kegemilangan mereka.

98. Mereka beriman dengan hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.

99. Mereka juga beriman bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah adalah maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini begitu menebal di dalam jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang Hakamat berkata kepada seseorang bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya, orang itu haruslah membenarkan kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.

100. Sebenarnya golangan "Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama dan bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang mereka gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".

101. Golongan "Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.

102. Mereka tidak mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang bangs.a.w.an yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.

103. "Hasadiun" pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka. Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun 173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama kaum yang lain. Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan yang zuhud dan menjauhkan diri dari perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana perkahwinan merupakan kewajipan agama.

104. Golongan "Qurraun" merupakan pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur. Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan ijtihad dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.

105. Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.

PENYELEWENGAN TAURAT DAN PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.

106. Di dalam beberapa ayat Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur, Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua bahagian yang utama:-

i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih kekal dengan keaslianya sebagaimana ia diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan sebahagian yang lain pula telah hilang atau disembunyikan.

Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.

107. Contoh yang pertama adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s iaitu selama 950 tahun.

108. Contoh yang kedua pula sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)

109. Kesimpulan dari beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab Taurat telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli seperti yang telah diturunkan kepada Nabi musa.

110. Pendirian Islam terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya terbahagi kepada tiga jenis:-

i. Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya. Contohnya seperti nama orang atau tempat.

Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak dan membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".

PENUTUP

Disepanjang perbincangan kita terhadap agama Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya telah diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..

RUJUKAN
1.Al-Qur'anul Karim dan terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad Shalabi.
4. Pengantar pengajian agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.