Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 25, 2010

Ketika cinta Bertasbih 2

0 comments
Filem indonesia yang diadaptasi dari novel islami hasil karya penulis terkenal Habiburrahman El Shirazy yang mana sebelum ini telah mendapat nama dari karya beliau "Ayat-Ayat Cinta" & "Diatas Sejadah Cinta".Kebanyakan penggambaran filem ini dilakukan di 'Ardhul Kinanah' Mesir.

Ketika Cinta Bertasbih...Terkenang kehidupan masa belajar di Mesir bila tengok filem nie..

Wednesday, February 24, 2010

Marilah Kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W

0 comments

عن أنس رضى الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه و سلم :

لا يوءمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده ووالده والنّاس أجمعين.

(متفق عليه)

Mafhumnya :

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia kasih kepadaku lebih dari kasih kepada bapanya, anaknya dan manusia sekelian.”


Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H.

يا نبي سلام عليك يا رسول سلام عليك

يا حبيب سلام عليك صلاوة الله عليك

اشرق البدر علينا فاختفت منه البدور

مثل حسن كما رأينا قط يا وجه السرور

انت شمس انت بدر انت نور فوق نور

انت اكسي روغلي انت مصباح الصدور

يا حبيب يا محمد يا عروس الخافقين

يا معيد يا ممنجد يا امام القبلتين

Saturday, February 20, 2010

Zahirkan Masjid dalam kehidupan kita..

0 comments


بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Minggu lepas ana balik A.Setar, Kedah.Ziarah Keluarga, ambil peluang cuti Tahun Baru Cina.Dah lama rasa tak jalan-jalan dibandaraya Alor Setar kemudian ana dan keluarga singgah masjid Zahir untuk solat maghrib.Masjid ini memang unik dengan rekaan senibina dahulukala.

Masjid Zahir ni dibuka pada 1912, ia mempunyai senibina Moor dengan lima kubah hitam, dan tiang yang lurus.

Senibina masjid ini mendapat inspirasi wawasan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Masjid Zahir terletak di Alor Star, dan menjadi masjid utama untuk majlis negeri dan untuk ibadah umat islam.

Dewan solat utama masjid ini berukuran 3,844 kaki persegi dan dikelilingi oleh kawasan beranda luas, yang setiap satunya mempunyai mimbar.

Mimbar utama terletak di timur laut bangunan ini. Lima mimbar utama ini merujuk kepada rukun Islam.

Dikatakan sebagai antara masjid tercantik di Asia Tenggara, senibina masjid ini mendapat ilham dari Masjid Azizi di Sumatra, Indonesia.

Mudah-mudahan masjid di negara kita pada hari ini sentiasa menjadi pusat kepada kegiatan muslimin dan dimanfaatkan dengan sebaiknya, Bimbang-bimbang Masjid besar dan cantik tetapi sunyi dan kosong...Hanya menjadi kemegahan dari segi fizikal sahaja.

Thursday, February 11, 2010

Kem Iqra' Tahun 1 2010

0 comments






بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Sabtu lepas 6hb Februari Panitia p.Islam & jqaf serta SRAR An-Najah bergabung tenaga menjayakan Kem Iqra' untuk Tahun 1. Alhamdulillah semuanya berjalan dgn lancar. Malahan Ada peningkatan selepas Kem ini Alhamdulillah....Bukan apa nak 'speed up' sikit budak-budak ni.Kalau nak diharapkan di sekolah saja tak cukup.
Ini kerana elemen-elemen dalam program jqaf menuntut murid-murid dapat membaca dalam bahasa arab seperti bahasa arab,menghafaz surah-surah dan sudah tentu dapat membaca Al-Quran dengan betul.Apa-apa pun Jazakallah Khairon Kathiro pada semu yang menjayakan Kem ini.Mudah-mudahan usaha kita ini
tinggi nilainya di sisi Allah Azzawajalla..









salah seorang ustazah KAFA tekun mengajar anak muridnya..

Sunday, February 7, 2010

1Malaysia Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan.

0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah ana baru dapat jenguk-jenguk blog ana ni.minggu lepas ana baru balik dari kursus BTN.Banyak pendedahan dan pengalaman juga kawan-kawan baru.Ana diletakkan dalam kumpulan sasaran 1 dari pelbagai jabatan kerajaan seramai 98 orang.Kami ditempatkan di Pangkor Coral Bay Resort sepanjang tempoh berkursus.

Kursus BTN ini sedikit sebanyak memberi pendedahan tentang perlembagaan malaysia,sejarah negara dan ilmu tentang kenegaraan.Sebagai seorang rakyat Malaysia segala ilmu yang didedahkan sepanjang kursus amat penting untuk kita lebih mengenali Negara tercinta ini...
Kepada sahabat-sahabat (sohibul...) sebilik khususnya,mudah-mudahan kita berjumpa lagi InsyaAllah.
Wassalam