Lilypie Second Birthday tickers

Tuesday, April 6, 2010

April Fool dari Perspektif Islam..




بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sekian lama menyepi..Ana agak sibuk sikit kebelakangan ni.Terpanggil untuk mencatat kerana beberapa hari yang lepas ada sahabat bertanya apakah betul April Fool ini diwujudkan oleh musuh Islam yang mana tarikhnya bertepatan dengan hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol pada zaman pemerintahan Kerajaan Granada iaitu pada tahun
1492 di mana kerajaan Islam terakhir di Semenanjung Iberia ditumbangkan. Kerajaan Nasiriyyah Granada yang berajakan Abu 'abd-Allah Muhammad telah dikepung oleh Kerajaan Aragon dan Castille.400,000 nyawa umat Islam berada dalam ancaman. Setelah perundingan dijalankan dan Perjanjian Granada dimeterai pada November 1491, 2 bulan kemudian, Abu 'abd-Allah Muhammad telah menyerahkan kunci Kota Granada kepada Isabella dan Ferdinand.
Abu 'abd-Allah Muhammad iaitu Raja Granada pada masa itu ditawarkan dengan perjanjian yang dinamakan 'Perjanjian Granada' antara kandungannya Orang Islam dibenarkan melaungkan azan seperti biasa. Orang Kristian tidak dibenarkan mengintai-intai rumah orang Islam lebih-lebih lagi Masjid.Malahan, jikalau ada orang Kristian Sepanyol yang mengejek-ejek orang Islam,mereka akan dihukum mengikut Perjanjian Granada.
Terpedaya dengan janji-janji ini serta ditambah dengan golongan muslim yang mengkhianati
bersama-sama dengan Kerajaan Kristian Sepanyol meruntuhkan kerajaan Islam terakhir di bumi Iberia itu. Tahun 1499, perjanjian itu diingkari,Cardinal Francisco Jiménez de Cisneros telah memulakan pengKristianan paksa orang Islam di Granada. Dikatakan,rumah-rumah keturunan Muslim dipaksa menggantung babi,tanda mereka bukan lagi Islam.Inkuisi Sepanyol dimulakan,sesiapa sahaja yang tidak Kristian Katolik disalib dan mata mereka dicungkil. Ribuan muslimin dipaksa murtad. Walaupun pemerintahan Abu Abdullah tidak sempurna (dan dikatakan beliau telah merebut kuasa dari bapanya sendiri), tetapi dia masih Islam dan iman umat Islam masih terjaga di bawah pemerintahannya yang dikritik sebagai lemah dan lembab.
Kesimpulannya kita sebagai umat Islam janganlah sampai ergadai agama kita,jika kita berpegang Al-Quran dan As-Sunnah kita pasti akan dapat mengangkat martabat bangsa ,agama dan negara kita kerana ini telah dijanjikan Allah didalam al-Quran

قال الله عز وجل (يا أيها الذين آمنوا إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقداكم)
wahai orang-orang yang beriman kalau kamu membela ugama Allah nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangandan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Tentang benarkah Hari April Fool ini Bersamaan dengan peristiwa diatas...Ana dapat jelaskan dari sudut fakta dan sejarah,iaitu April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.Jadi ianya tidaklah benar tapi mungkin ada yang ana tidak ketahui.

Walaubagaimanapun, hari April Fools tetap tidak boleh disambut atau dibesar-besarkan oleh orang-orang Islam, kerana ia mempunyai unsur- unsur tipuhelah, ketidakjujuran dan boleh merosakkan hubungan silaturahim sesama kita yang mana kesemuanya ini adalah bukan nilai Islam.

Wallahua'lam.



0 comments:

Post a Comment