Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, June 13, 2010

PIALA DUNIA 2010 + Judi Halal&Haram = HARAM




بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين


Judi haram, itu jelas tanpa ada qilaf di kalangan ulama muktabar. Judi menurut Al Quran dan hadis adalah antara perbuatan yang dikateogorikan dosa besar.

"Mana-mana orang Islam yang menghalalkan kegiatan judi wajib ditentang kerana telah melakukan jenayah kepada agama dan ummah, begitu kata Mufti Selangor Dato' Setia Mohd Tamyes Abd Wahid.

Menurut Mufti Selangor ini, tiada logik dan alasan yang munasabah untuk membenarkan kegiatan judi berleluasa kerana semua pihak akui bahawa judi membawa mudarat, walaupun keuntungan dari jenayah judi itu digunakan untuk tujuan kebajikan.

TV Selangor menghubungi Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Negeri Selangor, Sahibus Samahah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid untuk meminta panduan berhubung permintaan hartawan kaya Vincent Tan supaya kerajaan Selangor menarik-balik sekatan keatas pertaruhan judi bolasepak, yang diberi kepadanya oleh kerajaan Pusat.

Vincent Tan memberi jaminan bahawa beliau akan mendermakan RM525 juta hasil judi kepada badan-badan kebajikan."
Tetapi bagi mereka yang berpegang kepada ajaran agama lebih-lebih lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam, walaupun cuma 5 sen kalau sumber haram, ia tetap haram.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
“Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.
“Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai…Riuh di Kepala Batas

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.


Kesimpulannya sejauh manakah ketaatan kita terhadap perintah Allah A'zzawajalla..Jelas dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah ayat 219 Allah melarang yang bermaksud :-

219. mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah Yang mereka akan belanjakan (dermakan)? katakanlah: "Dermakanlah - apa-apa) Yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:


Ingat..!! Apa gunanya kalau hidup kita tidak diredhai Allah.

sesungguhnya kita Hidup kerana Allah....


0 comments:

Post a Comment