Lilypie Second Birthday tickers

Monday, December 7, 2009

Rehlah ke johor







بسم الله الرحمن الرحيم
ٍSudah sekian lama rasanya ana tak jenguk blog ana nie..nak kata mashghul sgt pun tak jgk.
Cuma ana baru balik dari johor.Rombongan Pengantin pak cik ana lepas tu terus
ronda2 johor.Tiba-tiba rasa teringin nak melihat suasana negara yg berjiran dgn Malaysia tercinta ni, Singapura.Kehebatan Singapura dapat dilihat dari pencapaian ekonominya yang pesat dan berdaya saing, kadar pemilikan rumah yang tinggi serta taraf kehidupan rakyatnya yang cukup baik. Dengan tahap keluasan pulau sekitar 692.7 km2 dan sumber alam yang sangat terhad, Singapura telah memanfaatkan pelabuhan entrepotnya lalu mengangkat bandaraya Singapura sebagai sebuah rangkaian perniagaan utama dengan menyediakan kemudahan hub pertukaran ekonomi bagi Asia Tenggara terutamanya barangan elektronik dan bahan perkilangan. Pembangunan yang jitu dan perkembangan yang memberangsangkan dalam tempoh masa yang singkat ini, Singapura telah diberi nama jolokan “Harimau di Asia Timur”, sinonim dengan kemantapan ekonominya di Asia Tenggara.Singapura mempunyai peraturan-peraturan aneh yang tersendiri..antaranya
  • Dilarang menjual gula2 getah di Singapura.
  • Dilarang berjalan tanpa pakaian (bogel)
  • Tidak menyiram setelah buang air di toilet, boleh dikenakan denda.
  • Jika Anda tertangkap meludah sebanyak 3X, Anda diwajibkan membersihkan jalan di hari Minggu dengan terpapar tulisan di dada “I am a Litterer” (Saya seorang Peludah)
  • Dilarang menbuang air kecil di dalam lift / elevator.
  • Dilarang menyidai pakaian diluar rumah.
Pada zaman penjajahan Inggeris, Singapura ditadbirkan sepenuhnya oleh Inggeris, dan penjajah tidak masuk dalam urusan agama. Muslim Singapura, sama ada Melayu atau lain-lain, menguruskan hal ehwal agama, membina masjid dan surau, dan juga menyediakan pendidikan agama.

Selepas merdeka Perlembagaan negara Singapura, Part XIII, General Provisions, Minorities, Special Position of Malays, Section 152, mencatatkan:

The government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigeneous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.

Menurut peruntukan ini, kerajaan bertanggungjawab melindungi, men
jaga, membantu, memupuk dan menggalakkan agama. Kerajaan menubuhkan MUIS (Majlis Agama Islam Singapura), justeru MUIS merupakan badan kerajaan, dibiayai dan diuruskan oleh kakitangan kerajaan. Ini bermakna ia tertakluk sepenuhnya kepada wawasan, misi dan dasar-dasar kerajaan.

MUIS menguruskan masjid dan kini terdapat 70 buah semuanya dan madrasah/sekolah agama.

Menurut Iqbal Fatagar (Islam Online,Singapore): The strong People’s Action Party (PAP) of Chief Minister Lee Kuan Yew has tight control on the Muslim organizations it helps set up and even lays down the rules to be followed by the organizations…MUIS has played a major role in securing the integration of the Muslims in the secular society. It has
helped repress political Islam, but it has not prevented the Muslims from rejecting the absolute secularism preached by the regime.

Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana Assessment for Malays in Singapore dicatatkan:
The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.

Selepas peristiwa 11 September Kerajaan Singapura telah mengetatkan lagi kawalan ke atas MUIS, masjid, sekolah agama dan ke atas semua Muslim Singapura. Yang jelas sekali ialah Singapura merupakan negara sahabat Amerika Syarikat yang sangat akrab dan pendokong yang amat setia.
Singapura juga bekerja rapat dengan Israel. Singapura menjadi fron untuk menentang JI dan teroris.

Pada September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh
mencetuskan perpecahan kaum dan agama dan ramai rakyat republik itu mengambil sikap berwaspada terhadap orang Islam sejak serangan 11 September dan penangkapan 13 lelaki Islam yang disyaki pengganas pada Disember 2001. Pada Disember 2002 pula timbul isu Kerajaan menghadkan bagi enam buah madrasah yang ada kepada 400 pelajar sahaja.

Kerajaan Singapura Dan Muslim

Semenjak 1965 Kerajaan Singapura telah bertindak untuk membendung Melayu-Muslim Singapura dengan menghapuskan kawasan penempatan atau kampong Melayu dan menempatkan mereka dalam kawasan-kawasan perumahan yang tersebar di seluruh Singapura. Kerajaan menetapkan kuota penduduk Melayu –Muslim yang tinggal dalam sesuatu kawasan perumahan. Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan: All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for
their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .

Di samping itu, Kerajaan Singapura juga mahu memastikan bahawa peratusan penduduk Cina kekal pada paras 75%. Justeru apabila mereka menghadapi masalah kekurangan kelahiran di kalangan orang Cina, mereka membawa masuk imigran Cina untuk mengekalkan peratusan tersebut. Dalam konteks Melayu dan Muslim, mereka juga mahu mengekalkannya pada paras tersebut. Mereka juga menggalakkan orang asing, bukan orang Melayu, untuk berkahwin dengan wanita Singapura dan memberikan lelaki berkenaan taraf penduduk kekal.Keadaan yang dialami masyarakat Cina Singapura kini turut dialami masyarakat Melayu-Muslim: kadar kelahiran telah berkurangan dan kadar yang kahwin lambat atau yang tidak berkahwin makin bertambah. Sesungguhnya ia merupakan berita baik kepada Kerajaan Singapura.

Dari segi sosioekonomi rencana oleh Wolfgang Holzem/Erwan Shah bertajuk The Malays of Singapore (6 Ogos 2004) mencatatkan: Although very much a part of Singapore’s modernizing society, the Malays conspicuously occupied the bottom rungs of that society..With the lowest level of educational attainment of any ethnic group, the Malays were concentrated at the low end of occupational hierarchy and had average earnings that were 70% of those of Chinese. Kebanyakannya merupakan boroh.

Diskriminasi adalah amat jelas dilakukan oleh Kerajaan dan juga swasta. Malahan Presiden Habibie Indonesia mengatakan negara Singapura bersifat rasis. Dalam tahun-tahun 1960an dan 70an bilangan Melayu dalam polis telah dikurangkan secara drastik. Apabila tentera British meninggalkan Singapura (1970-75), mereka kehilangan jawatan dalam tentera. Tentera Singapura tidak mengutamakan orang Melayu (malahan untuk satu dekad anak-anak Melayu tidak dilibatkan dalam kerahan tenaga/latihan ketenteraan). Tidak ada yang memegang jawatan tinggi. Hal ini berkaitan dengan keselamatan negara dan ternyata Kerajaan Singapura tidak percaya dan meragui kesetiaan orang Melayu.

Lee Kuan Yew membahaskan tentang kesetiaan Melayu-Muslim Singapura pada November/Disember 1986. Beliau mengatakan bancian yang dibuat sebelum dan sesudah kedatangan Presiden Israel Chiam Herzog ke Singapura menunjukkan jumlah yang tidak bersetuju bertambah selepas kunjungan tersebut. LKY menyatakan: ..in certain circumstances, the Malay Singaporean react with the emphasis on Malay/Muslim rather than Singaporean.

Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987): ..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore. Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan: If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.

Syarikat-syarikat dan peniaga-peniaga Cina pula mengutamakan orang lain daripada orang Melayu. Mereka meletakkan pelbagai syarat, dan yang terutama ialah bahasa Cina.

Melayu-Muslim Singapura juga ketinggalan dalam bidang pendidikan. Misalnya pada tahun 1980, siswazah Melayu ialah kira-kira 1.5% dan penuntut di peringkat pendidikan tinggi sekitar 2.5% sahaja. Walaupun pada masa kini keadaan telah bertambah baik, namun berbanding dengan kaum-kaum lain, mereka masih jauh ketinggalan. Keadaan ini meletakkan Melayu-Muslim dalam keadaan lemah dan merugikan, lebih-lebih lagi Kerajaan Singapura kini mengamalkan meritokrasi (hak istimewa pribumi hanya tinggal teori dan ilusi!).

Keadaan yang menimpa Melayu-Muslim – berselerak dalam jumlah yang kecil di seluruh pulau Singapura, taraf sosioekonomi pendidikan yang rendah, dan dihimpit oleh roda kehidupan hidup yang sangat pantas dan kompetitif serta kejam - telah melemahkan semangat dan daya juang. Akibatnya mereka ditimpa pelbagai masalah sosial. Kadar jenayah lebih tinggi daripada kumpulan lain dan pada tahun 1987 merupakan 47% daripada penagih dadah heroin.



0 comments:

Post a Comment