بسم الله الرحمن الرحيم
الصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Minggu lepas ana balik A.Setar, Kedah.Ziarah Keluarga, ambil peluang cuti Tahun Baru Cina.Dah lama rasa tak jalan-jalan dibandaraya Alor Setar kemudian ana dan keluarga singgah masjid Zahir untuk solat maghrib.Masjid ini memang unik dengan rekaan senibina dahulukala.
Masjid Zahir ni dibuka pada 1912, ia mempunyai senibina Moor dengan lima kubah hitam, dan tiang yang lurus.
Senibina masjid ini mendapat inspirasi wawasan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II. Masjid Zahir terletak di Alor Star, dan menjadi masjid utama untuk majlis negeri dan untuk ibadah umat islam.
Dewan solat utama masjid ini berukuran 3,844 kaki persegi dan dikelilingi oleh kawasan beranda luas, yang setiap satunya mempunyai mimbar.
Mimbar utama terletak di timur laut bangunan ini. Lima mimbar utama ini merujuk kepada rukun Islam.
Dikatakan sebagai antara masjid tercantik di Asia Tenggara, senibina masjid ini mendapat ilham dari Masjid Azizi di Sumatra, Indonesia.
Mudah-mudahan masjid di negara kita pada hari ini sentiasa menjadi pusat kepada kegiatan muslimin dan dimanfaatkan dengan sebaiknya, Bimbang-bimbang Masjid besar dan cantik tetapi sunyi dan kosong...Hanya menjadi kemegahan dari segi fizikal sahaja.
0 comments:
Post a Comment