Wednesday, February 24, 2010

Marilah Kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W

عن أنس رضى الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه و سلم :

لا يوءمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده ووالده والنّاس أجمعين.

(متفق عليه)

Mafhumnya :

Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu hingga ia kasih kepadaku lebih dari kasih kepada bapanya, anaknya dan manusia sekelian.”


Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.

Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.

Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.

Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431H.

يا نبي سلام عليك يا رسول سلام عليك

يا حبيب سلام عليك صلاوة الله عليك

اشرق البدر علينا فاختفت منه البدور

مثل حسن كما رأينا قط يا وجه السرور

انت شمس انت بدر انت نور فوق نور

انت اكسي روغلي انت مصباح الصدور

يا حبيب يا محمد يا عروس الخافقين

يا معيد يا ممنجد يا امام القبلتين

0 comments:

Post a Comment