skip to main |
skip to sidebar
MANUSIA sebagai makhluk Allah vang lemah sifatnya tidak akan terlepas daripada hakikat menghadapi dugaan dan ujian hidup. Ujian dan dugaan ini bukan sahaja diturunkan pada manusia yang melakukan kejahatan malah dikenakan juga pada orang-orang yang mengamalkan kebidupan yang mulia. Dalam riwayat sejarah Islam juga dicatatkan betapa para ambia dan Rasul juga tidak terkecuali menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah bertujuan untuk menguji diri mereka. Walaupun golongan mereka merupakan kekasih Allah namun sekiranya Allah memilih untuk menguji mereka maka datanglah dugaan-dugaan tersebut. Nabi Ayub misalnya, diuji Allah dengan pelbagai rintangan dan kepayahan malah pada satu tahap dirinya amat sengsara. Beliau sentiasa dihadapkan dengan pelbagai kesulitan. Nabi Zakaria turut diuji dengan pelbagai musibat dunia manakala Nabi Muhammad S.A.W. tidak terlepas daripada hakikat yang sama. Bukan setakat baginda diuji dengan azab yang menyakitkan malah ada ketikanya sampai ke peringkat kehilangan harta atau benda yang amat disayanginya. Dalam hadis yang masyhur ada diceritakan tentang bagaimana baginda diuji oleh Allah melalui peristiwa kehilangan unta kesayangannya. Semua peristiwa itu adalah fakta sejarah yang menjadi iktibar bahawa para kekasih Allah sendiri turut tidak terlepas daripada ujian. Maka sudah tentulah tidak mustahil sekiranya umat selepas zaman juga terdedah pada ujian. Manusia akan menghadapi segala macam ujian sejajar dengan firman Allah yang bermaksud: "Dan nescaya Kami akan uji kamu dengan sedikit sahaja daripada ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematian, kehilangan hasil (buah-buahan). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar iaitu mereka yang apabila ditimpa kesusahan akan menyebut, sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Allah juga Ayat di atas jelas bahawa kehilangan harta merupakan satu perkara yang termasuk dalam hakikat ujian Allah. Banyak pengajaran yang dapat dijadikan teladan apabila kita diuji dengan peristiwa itu. Antaranya pengajaran pertama ialah, mengingatkan kita bahawa harta bukanlah milik manusia sepenuhnya kerana dengan kehendak Allah ia boleh hilang daripada jagaan kita. Kedua, memiliki harta adalah kewaiipan yang perlu diselesaikan seperti mengeluarkan zakat apabila sampai pada ketetapan waktu dan jumlahnya. Satu ujian Ketiga, harta adalah amanah Allah yang jika tidak dijaga dengan baik mungkin akan diambil kembali. Caranya ialah apabila berlakunya kehilangan. Keempat, harta yang hilang mungkin sekadar satu ujian yang bersifat sementara. Jika diusahakan mungkin boleh ditemukan kembali dan ada kemungkinan ia bakal dimiliki semula. Merujuk kepada peristiwa kehilangan harta yang dialami sendiri oleh Rasulullah S.A.W., beliau telah memberikan petunjuk yang amat berkesan lagi benar mengenai cara untuk mendapatkan kembali harta yang telah hilang. Salah satu caranya ialah bernazar dengan sabdanya yang berkaitan dengan peristiwa kehilangan unta kesayangannya yang bermaksud: "Sekiranya Allah kembali semula untaku nescaya aku akan mengucapkan syukur setinggi-tingginya kepada Tuhanku." Tidak beberapa lama selepas Rasulullah mengucapkan nazarnya itu, tiba-tiba Allah telah kembalikan unta itu kepada baginda. Lalu Nabi Muhammad segera memenuhi nazarnya dengan menyebut: "Alhamdulillahi hamdan kasiran tayyiban mubarakan." Ada riwayat lain yang menyebut apabila unta itu ditemui kembali oleh Rasulullah, baginda telah melakukan sujud syukur ke hadrat Allah. Meminta nasihat Tatkala ada di kalangan para sahabat Rasulullah datang menghadap baginda untuk mengadu mengenai kehilangan barang atau harta dan meminta nasihat untuk berikhtiar agar ditemukan kembali barang atau harta yang hilang itu, Rasulullah segera menasihatkan agar mencari semula. Dalam pada itu, baginda akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa di samping berikhtiar hendaklah berdoa pada Allah. Antara doanya ialah sebuah doa khusus yang bermaksud: "Ya Allah, Engkaulah yang mengembalikan segala kesesatan (hilang). Engkaulah juga yang inenunjukkan jalan kesesatan dan mengembalikan yang sesat itu kepada petunjuk. Ya Allah, kembalikan kepada saya barangan yang hilang dengan kudrat Mu dan kesultananMu. Maka sesungguhnya, barangku yang hilang itu adalah sebenarnya daripada pernberian-Mu dan kelebihan-Mu ke atasku." Doa tersebut di atas hendaklah dibaca selepas waktu tengah malam sebaik sahaja selesai menunaikan solat hajat dua rakaat atau boleh diteruskan hingga 12 rakaat. Selesai solat dibaca doa ini dengan hati yang benar-benar yakin bahawa Allah amat berkuasa mengembalikan harta yang hilang itu. Doa itu hendaklah diulang buat beberapa malam yang berikutnya hinggalah barang yang hilang itu ditemukan semula. Atau paling tidak, kerunsingan hati akibat kehilangan barang kesayangan itu kembali reda dengan takdir Allah itu. Apabila hati telah tenang dan menerima takdir ujian Allah itu maka itu sudah merupakan satu kejayaan dan petunjuk Allah. Hati hendak yakin bahawa setiap kehilangan itu telah Allah aturkan dan akan digantikan dengan kelebihan yang lain pula. Sebagai manusia yang lemah kita harus menerima semua ujian Allah dengan hati yang lapang.
0 comments:
Post a Comment