Baru-baru ini saya menghadiri mesyuarat PIBG. Ianya bertujuan untuk meluluskan Bayaran Tambahan pelajar untuk pada tahun 2010 ini.
Ini adalah kerana peruntukan Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 akan berkurangan sebanyak RM 4 Billion berbanding tahun 2009.
Akibat daripada kekurangan yang begitu banyak peruntukan perbelanjaan ini ialah :
1. Bil air dan api perlu dibayar oleh pihak sekolah, bukan oleh pihak Jabatan Pelajaran lagi.
2. Tuntutan perjalanan dikurangkan
3. Perbelanjaan kursus guru dikurangkan
4. Yuran makanan asrama untuk jumlah pendapatan ibu bapa lebih RM 5000 naik dari RM 1 ke RM 3 sehari.
5. Tiada perbelanjaan pembangunan
6. Kos membaik pulih sekolah ditanggung oleh pihak sekolah bukan jabatan
Dan banyak lagi perkara lain yang tidak tercatat oleh saya.
Justeru itu sebagai persiapan menghadapi tahun yang begitu sukar 2010 ini ibu bapa, guru, kakitangan dan pelajar perlulah berganding bahu agar pelajaran anak-anak kita tidak terjejas.
Antara tindakan yang boleh diambil ialah :
1. Ibu bapa digalakkan membawa tukul besi, mesin rumput dan lain-lain peralatan, agar kalau ada kerosakan kecil di sekolah ibu bapa boleh tolong baiki. Kereta saya sebelum ini pun sentiasa ada peralatan membaiki, supaya mudah untuk membaiki paip bocor, perabot patah di surau dan sekolah Rendah Islam anak saya.
2. Ibu bapa digalakkan sentiasa berpesan kepada anak-anak , agar jimat menggunakan air dan elektrik di sekolah. Tutup suis elektrik dan paip air apabila tidak menggunakannnya. Apabila ambil wudu gunakan air yang sedikit.
3. Guru besar perlu menasihati guru-guru dan kakitangan agar berjimat cermat menggunakan kemudahan sekolah. Penghawa dingin tak perlu di pasang pada awal pagi. Gunakan kipas jika perlu.
4. Banyakkan program menjana ekonomi PIBG dan Sekolah seperti Hari Kantin, Hari Koperasi dan sebagainya agar dapat membantu pihak sekolah membayar bil air dan elektrik disamping membantu pelajar-pelajar dari keluarga yang susah dan miskin.
5. Ibu bapa hendaklah memastikan Yuran Sekolah , Bayaran Tambahan Sekolah dibayar tepat pada masanya. Sekiranya ada ibu bapa yang tidak mampu, pastikan mereka memohon bantuan Tabung KWAPM, Baitul Mal, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1431
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU MASIHI 2010
dipetik :
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ibu-bapa-kena-bawa-tukul-besi-ke.html
0 comments:
Post a Comment