Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, January 10, 2010

Allah Robbuna wa Robbukum..





Bukankah selama ini, kita ummat Islam beriman dengan kerasulan Nabi Isa A.S. Maka begitu juga ummat Kristian.Namun pemahaman dua kelompok ini amat berbeza.

Ummat Kristian menganggap Isa mati disalib; dan menganggapnya sebagai Anak Bapa atau Tuhan dalam bentuk manusia dan entah apa lagi…Siap dengan ada gambarnya sekali!

Sedangkan Islam mengatakan bahawa Isa adalah seorang manusia biasa yang dilahirkan tanpa berbapa; tidak mati tetapi telah diangkat ke langit dan akan turun semula ke dunia diakhir zaman nanti.Ringkasnya begitulah.

Namun begitu, perbezaan tersebut tidak memberikan kelebihan atau keizinan kepada pihak Islam untuk melarang ummat Kristian daripada menggunakan perkataan ‘Isa’ bagi merujuk ‘Jesus’.Dan kita percaya penggunakan‘Isa’ oleh Kristian bagi merujuk ‘Jesus’ tidak pernah mengelirukan ummat Islam selama ini kerana ummat Islam menyadari yang mana satu ‘Isa’ yang sebenarnya dalam Islam, dan yang mana satu ‘Isa’ yang diimani kaum Kristian.

Kenapa ummat Islam perlu berasa terlalu sangsi dan khuatir apabila ummat Kristian Katholik mahu menggunakan kalimat “Allah” dalam upacara mereka?

Bukankah Allah itu tuhanku dan tuhan kamu? Sebagaimana mafhum Al Baqarah ayat 139 :
Katakanlah:

"Apakah kamu memperdebatkan kami tentang Allah, padahal Dia adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu; bagi kami amalan kami bagi kamu amalan kamu dan hanya kepada-Nya kami mengikhlaskan hati." ( Al Baqarah ayat 139)

Saya menyakini, bahawa ummat Islam telah jelas dengan kalimat “Allah” yang merujuk kepada Allah yang satu atau yang esa.Surah al-Ikhlas dengan mudah dan amat jelas menerangkan bahawa Allah itu satu, Allah tempat bergantung, tidak beranak dan tidak diperanakan. Sedangkan ummat Kristian beranggapan amat berlainan dengan fahaman kita.Namun apakah kita masih kurang yakin dan semudah itu boleh dikelirukan dengan fahaman Tiga dalam satu itu?

Kita menganggap bahawa dengan penggunaan kalimat “Allah” pihak Kristian akan mudah mempengaruhi gulungan belia Muslim melalui bahan bacaan keluaran mereka.

Dan ramai juga yang menganggap penggunaan kalimat “Allah” oleh gulungan Kristian yang menganggap sebagai Tuhan “Tiga dalam Satu” akan mencemar kesucian nama “Allah” yang Maha Esa dan hanya Satu oleh Islam.

Tidak dinafikan mereka ada agenda disebaliknya.Dan apakah kita sendiri tidak ada agenda untuk berhadapan dengan agenda mereka?

Apakah hanya dengan penggunaan kalimat “Allah” itu, maka nantinya akan berbondong-bondong belia Muslim murtad menjadi Kristian? Begitu rapuhkan iman belia kita?

Kalau benar belia Muslim kita imannya begitu rapuh, apakah dengan memperbanyakan program hiburan di TV dan konsert seperti Jom Heboh akan memperkukuhkan lagi keimanan mereka?

Janganlah kita sendiri hanya menyalahkan orang lain sedangkan kita sendiri yang menyesatkan para belia dengan corak hiburan yang melalaikan.

oleh:alhusseyn

0 comments:

Post a Comment